Dalam berniaga, rezeki datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Seperti kisah seorang peniaga yang menjual hidangan Nasi Ayam dengan murah, rezekinya pun turut murah.
Setelah 20 tahun meniaga dengan harga berkenaan, peniaga Nasi Ayam di Daerah Besut atau diberi nama Suhaidasuu ini terpaksa naikkan harga nasi ayam kepada RM3. Sebelum ini, mereka menjual nasi ayam dengan harga RM1.90 sahaja. Namun, kerana kemelesetan ekonomi mereka terpaksa naikkan harga.
Tapi, ada juga warga setempat yang berada di kawasan terbabit mengatakan ianya mahal.
Beliau mengatakan, sudah hampir 20 tahun mereka berniaga Nasi Ayam dengan harga RM1.90 sahaja. Tapi, dengan ini mereka naikkan harga RM3.
Warga netizen yang berasal dari negeri lain mengatakan, harga ini sangat berpatutan dan tak jumpa lagi nasi ayam dengan harga RM3.
Jika dilihat di dalam video ini, ayam pahanya besar dan macam tidak logik pula letak harga murah sebegitu. Jadi, cubalah harga peniaga ini yang cuba untuk membantu golongan-golongan yang ingin makan di kedai.
Susah nak jumpa dengan harga seperti ini.
@suhaidasuu Cri samah seriya utk hidup bukan utk kaya ☺️ #NasiAyamKualabesut #jertehbesut #terengganu #besut #kelantan #fyp #fypシ
♬ suara asli – Langit Musik Indonesia – Langit Musik ID – Official
@suhaidasuu Cri samah seriya utk hidup bukan utk kaya ☺️ #NasiAyamKualabesut #jertehbesut #terengganu #besut #kelantan #fyp #fypシ ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia – Langit Musik ID – Official
Meninjau di ruangan komen, warga netizen sentiasa memberi sokongan kepada Kedai Nasi Ayam di Kuala Besut ini untuk sentiasa kekalkan harga murah ini.
Semoga Allah limpahkan rezeki peniaga Nasi Ayam Kuala Besut ini dan dimudahkan segala urusan kedai ini di dalam segala hal.
Jika ada yang ingin berkunjung ke kedai ini, anda boleh waze ke Kedai Nasi Ayam RM1.90 yang berada di Pachakan Kuala Besut.
Kedai buka setiap hari kecuali hari Jumaat, bermula jam 11:00 Pagi hingga 9:00 Malam.
Kredit: Suhaidasuu