Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Serius Mahal Gila..”, Harga Nasi Lauk Campur Setaraf Hotel 5 Bintang Ini Timbul Pertikaian Dalam Kalangan Netizen 

“Serius Mahal Gila..”, Harga Nasi Lauk Campur Setaraf Hotel 5 Bintang Ini Timbul Pertikaian Dalam Kalangan Netizen 

Kategori: ,
nasi lauk campur mahal

Tidak dinafikan kenaikan harga barangan mentah dan beberapa lagi barangan lain membuatkan ramai rakyat atau penduduk Malaysia menderita. Ada yang sebelum ini hidup dalam kesempitan semakin tersempit. Disebabkan kenaikan harga barangan mentah yang boleh dikatakan agak mahal untuk rakyat Marhaen ini, membuatkan peniaga terpaksa menaikkan harga makanan.

Sebagai peniaga, pastinya mereka akan rasa serba salah lebih-lebih lagi apabila mendengar pelbagai rungutan dari pelanggan. Namun begitu, apa yang mereka boleh lakukan. Jika tidak menaikkan harga makanan yang dijual bagaimana untuk mendapat keuntungan. Kadangkala keuntungan yang diperolehi oleh peniaga ini tidaklah banyak.

Harga nasi lauk campur yang dikenakan tidak masuk akal

Walaupun begitu, ada juga segelintir peniaga yang hanya memikirkan untung semata-mata dan mengambil kesempatan mengenakan harga yang sangat mahal kepada pelanggan. Seperti mana yang dikongsikan oleh RaidAfiqZ menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan dia dan kawannya dicas dengan harga yang tidak masuk akal saat makan nasi campur di sebuah kedai di Tanjung Malim.

 Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan harga yang dikenakan bagi setiap orang adalah RM10. Ada juga yang cuma mengambil seekor ikan dan sedikit sayur namun harga yang dikenakan adalah RM14.50. Belum termasuk lagi harga yang dikenakan oleh kawannya yang mengambil telur masin dan ikan patin serta sedikit sayur lalu dicas RM23.

@raidafiqzDaylight robbery♬ original sound – Abam Debab (Bamin)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok yang menonton video terbabit menyatakan harga yang dikenakan oleh kedai berkenaan adalah mahal. Malah ada pelajar Upsi yang banned kedai berkenaan kerana mahal manakala ada juga yang sempat berseloroh menyatakan mungkin ikan tersebut dicuci dengan air yassin dan dibaca 30 juzuk Al-Quran.

Maybe ikan itu dicuci..

Tidak kurang juga ada yang terkedu mengenangkan harga makanan tersebut dan ada juga yang sempat meninggalkan komen menyatakan sudah 4 tahun tinggal di Tanjung Malim namun tidak pernah teringin untuk makan di kedai tersebut.

4 tahun stay..

Dalam masa yang sama ada juga yang menasihati jangan makan. Terus bangun dan bayar. Kalau semua buat seperti itu, barulah harga akan kurang.

Jangan makan..

Buat mana-mana para peniaga di luar sana, memang tidak salah untuk korang naikkan harga makanan yang dijual memandangkan harga barangan mentah sudah pun naik. Namun janganlah sampai mencekik darah sedemikian rupa.

Kredit: TikTok RaidAfiqZ

Baca juga: “Apa Jadi Lepas Tu?..” Selamba Makan Makanan Kucing, Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai Bimbang

tags: | |