Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Macam Ni Je RM600 Lebih?”, Harga Semua Naik Dekat Malaysia, Air Hujan Je Turun..

“Macam Ni Je RM600 Lebih?”, Harga Semua Naik Dekat Malaysia, Air Hujan Je Turun..

Kategori:
harga semua naik

Menjadi peniaga pada zaman sekarang, lebih-lebih lagi peniaga makanan memang harus bergelut dengan kos pengeluaran. Kalau dahulu, harga bahan mentah boleh menampung bajet perniagaan, tetapi hal yang sebaliknya berlaku sekarang.

Ini kerana, segala bahan mentah seperti telur, ayam, ikan dan bahan mentah lain sedang menaik harganya. Inflasi dunia sedang berlaku dan kos sara hidup naik demi hari. Persoalannya, di Malaysia ini, barang sahaja yang naik, tetapi gaji masih di paras kemiskinan yang tinggi, bukan?

Disebabkan ekonomi yang terumbang-ambing ini, salah seorang peniaga makanan terkesan dengan isu tersebut. Semalam, videonya telah tular di TikTok menunjukkan luahan dan keluhan perasaan sebagai seorang peniaga.

“Macam Ni Je RM600 Lebih?”, Harga Semua Naik Dekat Malaysia, Air Hujan Je Turun..

Melalui video berkenaan, terlihat beberapa barang niaga makanan seperti beras dan bawang. Bersama video tersebut, terdapat satu caption “penatlag sial niaga sekarang”, tulisnya.

Di dalam perkongsian video itu juga, dia berkata, berniaga pada zaman sekaranng memang memenatkan. Ini kerana, kos bahan mentah RM600 lebih sekarang hanya mencukupi beberapa barangan sahaja.

“Woi penatlah sial berniaga sekarang. Macam ni je RM600 lebih? Merepek apa sial kerajaan ni? Semuanya mahal, air hujan je yanng turun dekat Malaysia ni haaa. Yang lain semua naik harga. Hareyyy betul,” luah pemilik video berkenaan.

harga semua naik

harga semua naik

https://www.tiktok.com/@red27rocket/video/7113739053672992026?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@red27rocket penat la sial niaga skg smua naik harga #intansatayenterprise #satay #primawalk #foodcourtprimawalk #sataypadu #fyp #fypsatay #sataypuchong #sataypuchong #fypシ #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ original sound – red27rocket

Meninjau ruangan komen, ramai penggunna TikTok lain beranggapan hal yang sama. Mereka mendakwa, harga barang semakin naik memang terkesan kepada rakyat bawahan, tetapi tidak kepada pihak ‘atasan’. Ada juga peniaga lain yang berkongsi pengalaman sama.

Mengambil salah satu komen netizen, CEO USJ Nasi Kerabu Tumis berkata, dia terkejut perbelanjaan kebiasaannya menelan berlipat ganda jika dibandingkan perbelanjaan bahan niaga pada musim ini.

“Modal aku semalam RM700, terkejut weh biasa RM500 lebih. Habis licin jualan dapat RM790. Apa ke benda ini?”, luahnya pada ruangan komen berkenaan isu harga semua naik ini.

Selain itu, pengguna TikTok lain, Jahizison memberi pendapat tentang barang naik dengan kenaikan harga gaji di Malaysia.

“Tapi negara lain walaupun inflasi naik, gaji depa pun naik sekali. Tak payah tengok jauh-jauh, tengok Singapura pun dah cukup,” tulisnya memberi pandangan kepada video berkenaan.

“Barang Naik, Gaji Tak Naik”

harga semua naik

Kesimpulannya dalam isu harga semua naik ni, ramai peniaga kecil terkesan dengan ekonomi sekarang. Semoga ada bantuan dan solusi jangka panjang oleh kerajaan dan pihak yang berwajib.

Sumber: red27rocket

Baca juga: Dapat Cenderahati Mi Segera Babi Selepas Derma Darah, Polis Buka Kertas Siasatan

tags: | | |