Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Cakap Harga Tiramisu Kieda Crepe Mahal, Peniaga Tampil Perjelas Kenapa Sebekas Tiramisu Dijual RM40

Ramai Cakap Harga Tiramisu Kieda Crepe Mahal, Peniaga Tampil Perjelas Kenapa Sebekas Tiramisu Dijual RM40

Kategori: ,
Tiramisu Kieda Crepe

Baru-baru ini, tular orang ramai mengatakan bahawa Tiramisu oleh peniaga Kieda Crepe dijual dengan harga yang mahal, RM40 sebekas.

Rata-rata orang ramai mengatakan bahawa harga Tiramisu Kieda Crepe Mahal, Peniaga Tampil Perjelas Kenapa Sebekas Tiramisu Dijual RM40

Ramai Cakap Harga Tiramisu Kieda Crepe Mahal, Peniaga Tampil Perjelas Kenapa Sebekas Tiramisu Dijual RM40

Peniaga Kieda Crepe yang dikenali sebagai Kieda tampil menjelaskan kenapa Tiramisu yang dijualnya dijual dengan harga sebegitu.

Bahan Mahal & Tenaga Kerja Menjadi Antara Faktor Utama Tiramisu Kieda Crepe Dijual RM40 Sebekas

Katanya, mengapa harga Tiramisu Kieda Crepe mahal, ia disebabkan produksi mereka menggunakan bahan yang mahal dan berkualiti.

Selain itu, tenaga kerja yang dicurahkan juga menjadi antara faktor lain mengapa Tiramisu berkenaan dijual dengan harga sedemikian.

“Kita pakai macropone (mascarpone), kita pakai biskut panjang-panjang bonomi apa yang mahal tu. Kita pakai pula Kopi Davis Corn. Kita pakai semua barang mahal.

“Kita pakai krim Anchor, kita putar pakai tenaga. Yang sebenar-benarnya mahal bukan kerana barang sahaja. Tapi kerana tenaga dan cara nak buat dia tu. Yang ni Tiramisu yang ada dekat kedai Kieada. 1 bekas ni RM40,” jelasnya dalam video berkenaan.

Sumber: Kieda Crepe

Baca juga: Jual Lebih 100 Juadah Kuih Muih Dengan RM1, Ramai Kagum Dengan Jualan Peniaga Ini

tags: | |