Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Harga Udang Mahal 5 Ekor RM10, Ibu Ini Masak 3 Ekor Udang Untuk Anak, Mama Papa Makan Kuah Je..

Harga Udang Mahal 5 Ekor RM10, Ibu Ini Masak 3 Ekor Udang Untuk Anak, Mama Papa Makan Kuah Je..

Kategori:
harga udang

Kenaikan harga bahan mentah memang terasa oleh banyak pihak. Pengguna yang dahulunya boleh berbelanja RM100 di pasar raya dengan membeli barangan dapur yang banyak, hanya boleh berbelanja dengan kadar sedikit sahaja pada zaman ini.

Entah mana silapnya. Tetapi apa yang pasti, kenaikan ekonomi tidak selaras dengan gaji minimum di negara ini. Jadi, apa sahaja jalan yang tinggal selain berjimat cermat?

Harga Udang Mahal 5 Ekor RM10, Ibu Ini Masak 3 Ekor Udang Untuk Anak, Mama Papa Makan Kuah Je..

Terbaharu, seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu berkongsi pengalaman tentang harga udang yang semakin mahal. Di dalam perkongsian video yang dikongsikan di akaun TikTok nya, dia menunjukkan bahawa dirinya memasak gulai udang pada hari tersebut.

harga udang

Bersama keterangan video, dia menjelaskan bahawa dia ‘memasak 3 ekor udang untuk anak-anak sahaja. Mama papa makan kuah’.

Tambahnya lagi, harga barang mentah yang mahal membuatkan dia ingin berjimat. Harga yang dikenakan untuk 5 ekor udang adalah sebanyak RM10.

harga udang

@imsueno

masak 3ekor untuk anak3 je..mama papa makan kuah #jimat #kurangmakan #fypシ #myfoodie #foodtiktok

♬ –

@imsueno masak 3ekor untuk anak3 je..mama papa makan kuah #jimat #kurangmakan #fypシ #myfoodie #foodtiktok ♬ original sound – ipannnn

Dalam ruangan komen, ramai netizen lain berkongsi rasa yang sama dan mendoakan semuanya dipermudahkan urusan.

Misalnya, salah seorang netizen memberi komen dan cadangan untuk memasak lauk yang dikira lebih murah untuk digandingkan dengan gulai udang terbabit.

“Takpa, goreng telur, goreng ikan masin. Laju makan ngam dengan kuah lemak,” jelas Iymah Ibrahim memberi pendapat di ruangan komen berkenaan harga udang yang semakin mahal.

Selain itu, ada juga netizen berkongsi pengalaman yang sama membeli udang dengan harga yang lebih murah.

“Saya beli udang yang murah sikit tu. Dapat lah 15 ekor RM10,” katanya.

“Harga Udang Memang Mahal Dan Naik Sekarang”

harga udang

Dalam kebanyakan kita sedang berjimat dalam melawan inflasi dan peningkatan ekonomi yang semakin membimbangkan, didoakan agar semua bertahan dan mampu untuk bangun. Bertanyalah kepada rakan-rakan sekeliling. Jika mereka mempunyai masalah tekanan, pinjamkan telinga sebentar sudah memadai.

Semoga harga bahan mentah akan dikawal dengan lebih baik oleh pihak bertanggungjawab.

Sumber: imsueno

Baca juga: “Kesian Orang Lapar..”, Wanita Ini Kesal Beli Roti Sandwich Telur, Tapi Macam Kena Scam

tags: | |