Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hari Tu Makan Sedap Sangat..”, Hati-Hati Bila Makan Di Luar, Ini Tanda Restoran Ada Pelaris

“Hari Tu Makan Sedap Sangat..”, Hati-Hati Bila Makan Di Luar, Ini Tanda Restoran Ada Pelaris

Kategori: ,
tanda restoran ada pelaris

Mungkin ramai di antara korang yang lebih selesa dan suka makan di luar berbanding masak sendiri dan makan di rumah. Banyaklah kekangan yang membuatkan korang tidak sempat masak. Namun apabila makan di luar, sangat banyak risiko yang membahayakan.

Tidak kira sama ada dari segi kebersihan makanan yang dimakan atau pun kejadian misteri. Korang pernah dengar ‘pelaris’ yang digunakan oleh segelintir peniaga untuk melariskan perniagaan mereka.

Oleh sebab itu, suka kami nasihatkan agar korang berhati-hati dalam soal mencari tempat makan kerana bimbang jika kedai atau restoran yang korang kunjungi itu menggunakan pelaris. Kebiasaan peniaga atau pengusaha kedai berbuat demikian adalah supaya pelanggan menyukai makanan yang dijualnya.

Namun begitu, segelintir peniaga ini akan menggunakan cara yang haram untuk melariskan kedai mereka iaitu melibatkan jin peludah. Perkara tersebut tidak dinafikan amat menjijikkan. Makhlus halus atau jin peludah ini akan meludah kepada sesuatu makanan sebelum ia disajikan kepada pelanggan.

Hal tersebutlah yang akan menyebabkan pelanggan berasa ketagih untuk kembali datang ke kedai makan itu. Lebih menyeramkan lagi, kadangkala jin peludah ini turut menjilat pinggan mangkuk yang digunakan oleh pelanggan.

Proses ini akan memberi tambahan perasa kepada makanan yang dimakan atau disediakan kepada pelanggan. Jadi antara tanda yang menunjukkan restoran tersebut ada pelaris dan untuk menggelakkan korang menjadi mangsa, ikuti perkongsian dari creepyposta di bawah ini.

Hati-Hati Bila Makan Di Luar, Ini Tanda Restoran Ada Pelaris & Cara Untuk Mengelakkannya!

Hantu atau Jin Peludah sering digunakan sebagai pelaris kedai makan. Dipanggil ‘peludah’ kerana sebelum disajikan kepada pelanggan, makanan akan diludahi terlebih dahulu oleh hantu sehingga berasa terlalu enak dan ketagihan. Ada kisah pelaris?

Menurut creepyposta, antara ciri-ciri warung atau kedai yang menggunakan khidmat jin pelaris ini adalah makanan di sana sangat sedap. Namun apabila dibungkus rasanya biasa sahaja. Yang kedua, apabila korang membaca doa sebelum makan, rasa makanan tersebut berubah.

Seterusnya, menurut creepyposta lagi, tempat basuh pinggan juga sangat jauh disebabkan jin ini biasanya tidak suka ‘bekerja’ di tempat yang dipenuhi ramai orang. Jin pelaris akan membuat kerjanya dengan cara menjilat kesemua pinggan yang ada.

Di kedai atau restoran tersebut juga terdapat satu ruang khas yang mana tidak boleh dibuka sesuka hati oleh sesiapa sahaja.

Walaupun begitu, creepyposta tidak menyarankan untuk korang memboikot kedai makan yang korang rasakan menggunakan khidmat pelaris ini. Adalah lebih baik jika berfikir secara rasional dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Walaubagaimanapun, semoga kita semua berada dalam keadaan selamat sentiasa. Lagi satu, kalau korang nampak kedai yang korang mahu kunjungi itu seram lain macam, adalah lebih baik membatalkan niat korang untuk makan di situ.

Kadang kala, hati kita juga dapat merasaiinya. Mungkin itu adalah cara tuhan untuk menyelamatkan kita. Hati-hati ye korang semua!

Sumber: creepyposta

Baca juga: Tips & Cara Masak Nasi Minyak Guna Beras Basmathi Supaya Sedap & Menjadi, Sangat Mudah!

tags: | | | | |