Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Budak Lelaki Ini Hidap Penyakit Jarang Jumpa, Perlu Makan Nasi Dengan Kadar Banyak Untuk Hilang Rasa Lapar

Budak Lelaki Ini Hidap Penyakit Jarang Jumpa, Perlu Makan Nasi Dengan Kadar Banyak Untuk Hilang Rasa Lapar

Kategori:
makan nasi

Seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit jarang jumpa, Sindrom Prader-Willi memerlukan 10 kilogram (kg) beras sebulan bagi membolehkan dia makan nasi sebanyak lima kali sehari.

Situasi itu bagi mengelakkan Muhammad Afif Ramadhan Mohd Syamri, 8, yang kini seberat 70 kilogram (kg) berdepan rasa lapar.

Ibunya, Nurarina Mohamed Yusoff, 28, berkata, kesan penyakit itu membuatkan anaknya sentiasa berasa kelaparan.

Budak Makan Nasi 5 Kali Sehari, 10KG Beras Sebulan

“Walaupun saya sudah memberi Muhammad Afif Ramadhan makan roti, biskut dan kuih, namun dia tetap mahukan nasi.

“Saya tiada pilihan kecuali terpaksa menuruti kehendaknya. Hal ini kerana, jika tidak berbuat demikian ia akan menjejaskan emosinya yang turut mempunyai penyakit paru-paru kronik dan jantung bengkak.makan nasi

“Anak juga perlu bergantung sepenuhnya kepada tangki oksigen untuk bernafas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Taman Desa Wira Jaya, Lubok Jong di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, keluarga tersebut menerima lawatan daripada aktivis masyarakat, Amran Abdul Rahman yang menyampaikan bantuan katil khas serta kelengkapan lain.

Nurarina memberitahu, disebabkan itu dia perlu membuat pelbagai kerja bagi memastikan dapurnya terus berasap dengan menjual nasi bungkus serta roti canai yang dibuat sendiri di rumah dan kemudian dihantar kepada pelanggan.

Harus Kerja Keras Untuk Pastikan Dapur Berasap makan nasi

Katanya, sehari dia hanya mampu meraih untung bersih sekitar RM20.

Ujar ibu kepada empat anak itu, suami, Sabri Mohamed, 31, bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan di Pulau Pinang.

Tambahnya, bagi menampung perbelanjaan keluarga dia perlu meninggalkan Muhammad Afif Ramadhan seorang diri di rumah ketika keluar menghantar makanan kepada pelanggan.

“Pada masa sama, saya terpaksa membawa anak bongsu yang berusia setahun semasa keluar membuat penghantaran makanan.

“Dua lagi anak saya berusia 10 dan enam tahun terpaksa dijaga oleh ibu di Melor, Kota Bharu.

“Dalam keadaan sekarang sukar untuk saya menjaga mereka semua bersama,” katanya.

Menurut dia, mujurlah mereka sekeluarga mendapat bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta turut dibantu oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan ke akaun BSN 0301441100042193 Nurarina Mohamed Yusoff.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Mula Hanya Sekadar Hobi, Lelaki Ini Tak Sangka Tanam Betik Jana Pendapatan RM20,000 Sebulan

tags: |