Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Hokkaido Baked Cheese Tart Durian, Buat Sendiri Lebih Jimat Dan Boleh Makan Sepuasnya

Hokkaido Baked Cheese Tart Durian, Buat Sendiri Lebih Jimat Dan Boleh Makan Sepuasnya

Kategori: ,

Hokkaido sebenarnya berasal daripada Jepun. Hokkaido merupakan pulau yang sangat terkenal di jepun. Ia merupakan pulau terbesar yang ke-21 di dunia. Selain keindahan alam semulajadinya yang indah, makanan dengan bahan asas keju juga sangat popular di sana. Rata-rata pelancong akan mencari makanan yang berasas daripada keju seperti hokkaido baked cheese tart ini.

Resepi hokkaido baked cheese tart ini mungkin diolah sendiri oleh orang asian yang mana menambahkan rasa durian ke dalam hokkaido memandangkan hanya negara asia tenggara sahaja yang boleh menghasilkan durian. Dan kalau anda teringin nak merasai bagaimana rasanya hokkaido baked cheese tart durian ini, anda boleh rujuk resepi di bawah ini. Buat sendiri lebih jimat dan boleh makan sepuasnya.

Resepi Hokkaido Baked Cheese Tart Durian

RESEPI KULIT TART

BAHAN-BAHAN:

  • 100 gm marjerin
  • 30 gm gula kaster
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 kuning telur grade B

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu sehingga rata.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
  4. Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.
  5. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
  7. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese tu

RESEPI FILLING CREAM CHEESE

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm cream cheese
  • 200 gm isi durian
  • 40 gm mentega
  • 1 putih telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 kuning telur untuk sapuan
  • 120 gm dairy whipping cream
  • 60 gm gula kaster

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk.
  2. Whisk di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.
  3. Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanila. Kacau rata. Kalau berketul saya kacau pakai mixer hingga licin.
  4. Masuk kan dalam plastic piping dan fill dalam tart tu dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan lepastu sapu kuning telur.
  5. Bakar dalam oven dengan Suhu oven 200°c selama 6 minit.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Azizi Zamani

 

tags: