Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Honcho! Pizza Parlour Foodtruck Pertama Malaysia Menggunakan Ketuhar Kayu Api

Honcho! Pizza Parlour Foodtruck Pertama Malaysia Menggunakan Ketuhar Kayu Api

Kategori:

Honcho! Pizza Parlour merupakan foodtruck yang pertama di Malaysia yang menggunakan kaedah tradisional ‘wood fire oven’ (ketuhar kayu api). Daripada kayu api yang dibakar, menghasilkan aroma yang akan diserap masuk ke dalam pizza serta pelanggan juga dapat merasa kepuasan wood fire pizza itu sendiri.

Konsep truck yang digunakan adalah berkonsepkan ‘open kitchen’ atau ‘live kitchen’. Pelanggan dapat melihat macam mana makanan yang telah di order oleh mereka itu di masak, terutamanya dari segi kebersihan makanan. Jadi, dengan itu mereka akan lebih yakin untuk mencuba makanan yang disediakan oleh Honcho! Pizza Parlour ini.

Selain itu, patung alien yang diberi nama Jodi yang diletakkan berhampiran foodtruck itu juga menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung.

Konsep makanan yang disedikan oleh Honcho! Pizza Parlour adalah berkonsepkan Italian. Pelbagai menu yang menyelerakan ditawarkan di sini.

Menu istimewa yang menjadi kegemaran orang ramai adalah Spicy Lamb Pizza yang dimasak selama 4 jam di dalam oven dengan api yang perlahan. Spicy lamb Pizza yang disediakan merupakan pizza rare yang sukar diperolehi di tempat lain. Roti pizza yang telah di masak adalah sangat lembut dan sedap di makan.

honcho pizza

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:

Sumber: Hypp Inspirasi

tags: | |