Disebabkan pandemik COVID-19 melanda dunia pada akhir tahun 2019, banyak perniagaan yang lingkup dan terpaksa ditutup. Antaranya adalah perniagaan dalam bidang perhotelan. Banyak hotel yang ditutup kerana mengalami kerugian yang besar. Lantaran itu, ada beberapa pihak pengusaha hotel mengambil inisiatif yang kreatif untuk menjana pendapatan demi kelangsungan hidup dan perniagaan.
Malah yang terbaru, Hotel Hatten di Melaka yang bertaraf 5 bintang ini telah mula menjual makanan hotel mereka di jalanan secara pandu lalu dan juga penghantaran ke rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Makanan tersebut disediakan oleh tukang masak hotel. Nasi putih beserta ayam atau ikan dan sayur-sayuran boleh dapatkan dengan hanya serendah RM2. Menurut ketua tukang masak hotel Hatten ini, Badrol Hisham Mohd Ali mengatakan bahawa inisiatif ini dijalankan kerana tiada pelanggan di hotel dan restoran turut ditutup.
Disamping mahu menjana pendapatan untuk hotel, pihak mereka juga berharap penjualan nasi bajet ini dapat membantu ramai orang mendapatkan makanan atau merasa makanan hotel dengan harga yang murah.
https://www.facebook.com/hattenhotel/posts/3613331125448428?__cft__[0]=AZVr6LFZkjKx91OnU7ev1HeroKGw4qU92dMap-unoqyphA-JKp_czQvWEGniYFjYeQPzsPqzeaTTuK2F7-b4YpbTy4RfnT82XrUsmZ3vY5_pnFmSOKNii9jyaqMPWu3Ek5ovb9lFciXNeLOWb24r5_KP&__tn__=%2CO%2CP-R