Tiba sahaja bulan Ramadan, bufet Ramadan sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan bulan puasa. Bagi meraikan bulan mulia ini, jom bawa keluarga dan rakan kenalan ke Hotel Premiera Kuala Lumpur bagi menikmati pelbagai hidangan yang mengiurkan di sana.
Bertemakan “Selera Orang Kita”, Hotel Premiera menyediakan bufet Ramadan dengan sajian tradisi dari pelbagai negeri.
Apa yang pasti, sajian yang dihidangkan digemari oleh kebanyakan masyarakat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
Antara hidangan istimewa yang disediakan adalah siakap stim Thai istimewa dimana ikan siakap segar akan dikukus bersama-sama dengan bahan-bahan dan rempah-ratus terpilih.
Di samping itu, terdapat juga ‘sup gear box enam sekawan’ yang menjadi antara kegemaran dan tarikan setiap pengunjung. Ditambah pula dengan hidangan ‘kambing bakar 30 hari’ yang diperap istimewa dan dibakar dengan kayu arang. Memang sangat menyelerakan!
Menu lain yang turut menjadi perhatian tetamu termasuklah masakan kampung dari pelbagai negeri seperti nasi kandar, gulai daging dengan rebung, gulai tempoyak ikan patin, ikan masak singgang serta ayam kalio.
Pada masa sama, “Stall Live Buffet’ juga tersedia dengan menghidangkan juadah ringan seperti keow teow, mee goreng, murtabak ayam dan sardin, cucur udang, pisang goreng. Bersama dengan itu, pemanis mulut seperti pelbagai kuih tradisional Melayu juga tersedia di sana.
Bagi mereka yang meminati sambal, bolehlah hadir di Premiera Hotel untuk menikmati sambal tempoyak, cencaluk, sambal ikan bilis tumbuk bersama ulam-ulaman.
Dalam memeriahkan bulan Ramadan dengan hidangan makanan, Premiera Hotel juga membawa anda untuk beramah mesra dan mendengar tazkirah daripada penceramah selebrriti terkenal seperti Ustaz Syamsul Debat, Imam Muda Megat, Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff, Ustaz Haslin Bollywood, dann Ustaz Aiman Nasir pada hari-hari terpilih setiap minggu.
Bufet yang diadakan di Dewan Utama hotel tersebut mampu memuatkan 1,000 orang tetamu pada satu-satu masa, disamping keselesaan ruang legar yang luas serta dekorasi unik bertemakan suasana kampung.
Fasiliti dan kemudahan surau yang luas juga memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat fardu dan tarawih yang diimamkan oleh imam dilantik pihal hotel.
Jangan risau tentang harga kerana Hotel Premiera menawarkan harga yang sangat berbaloi. RM128 bersih untuk dewasa dan RM64 bersih untuk kanak-kanak berumur dari 5 hingga 11 tahun.
Selain menikmati hidangan bufet, pakej bilik Ramadan juga disediakan untuk tetamu yang ingin bermalam dengan harga RM460 bersih untuk penginapan satu malam beserta sahur dan iftar untuk dua orang dewasa.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-26151000 untuk tempahan dan perbincangan lanjut.
Selamat menikmati momen indah di sana!