Tidak dinafikan pasti ramai yang bersedih kerana pada tahun ini kita sekali lagi tidak dapat pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya bersama keluarga tercinta.
Pasti ramai yang merindui air tangan ibu, lagi-lagi pada pagi Syawal. Jika kuih raya masih boleh dikirim menggunakan perkhidmatan pos, namun tidak bagi makanan seperti rendang dan ketupat kerana akan rosak jika berada di luar dalam tempoh lama.
Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok, Azyra Azizy yang membuatkan netizen berasa sebak apabila seorang ibu berpeluang untuk bertemu si anak walaupun hanya di sempadan daerah.
Perkongsian tersebut menyaksikan seorang ibu berjalan dalam hujan untuk bertemu anaknya di sempadan daerah dan ibu turut menyediakan bekalan makanan raya buat anak tercinta.
Lihat video penuh di link ini.
Rata-rata pengguna TikTok turut berasa sedih selepas menyaksikan video tersebut. Malah, mereka turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat beraya bersama keluarga selama 2 tahun berturut-turut.