
Baru-baru ini, kecoh di media sosial luahan seorang wanita tentang sikap segelintir ibu bapa yang selamba menyuap makanan yang tidak sesuai dengan usia anak kecil.
Menerusi hantaran yang tular di Threads, wanita berkenaan mempersoal tindakan ibu bapa yang menyuap anak mereka dengan pencuci mulut, tiramisu.
Dia berpendapat makanan itu tidak sesuai apatah lagi antara bahan yang terkandung dalam tiramisu adalah kopi.
Hantaran tersebut bagaimanapun memicu kemarahan segelintir ibu bapa yang merasakan tiada salahnya jika memberi tiramisu kepada anak.
Luahan itu turut mendapat perhatian doktor dan usahawan terkenal, Dr Raihana Ismail.
Jelasnya menerusi satu video di Instagram, tiramisu mungkin nampak sebagai pencuci mulut yang biasa namun ia diibarat seperti bom kepada anak kecil.
“Tiramisu nampak macam pencuci mulut biasa, tapi bagi anak kecil ia boleh jadi bom tersembunyi,” katanya.
Melalui hantaran tersebut, Dr Raihana yang juga mesra disapa sebagai Dr Rai turut menyenaraikan bahan asas dalam membuat pencuci mulut yang sedang popular dan hype pada masa kini.
“Apa yang ramai tak tahu, tiramisu klasik mengandungi espresso atau kopi pekat, keju mascarpone, gula, kadangkala kuning telur mentah,” katanya.
Tambah Dr Rai, kandungan kafein dalam satu potongan tiramisu boleh mencecah di antara 40 hingga 80 miligram (mg) yang sukatannya melebihi jumlah kafein dalam satu cawan teh o pekat.
Malah, menurut Canadian Paediatric Society and American Academy of Paediatrics, tiada jumlah kafein yang selamat bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Dr Rai turut menyenaraikan secara ringkas kesan kafein kepada anak kecil.
Antara kesan tersebut adalah:
Bila Kanak-Kanak Boleh Makan Makanan Berasaskan Kafein?
Jelas Dr Rai lagi, si kecil hanya boleh mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kafein selepas mereka berumur 12 tahun.
Namun, jumlahnya perlu dihadkan dan pengambilannya tidak boleh terlalu kerap.
“Selepas umur 12 tahun, dengan dos maksimum 100 mg sehari bersamaan lebih kurang satu cawan teh tarik tapi masih tidak digalakkan ambil setiap hari,” katanya dalam hantaran kebimbangan kek tiramisu buat anak kecil.
Dalam perkongsian itu juga, Dr Rai turut berkongsi makanan yang mempunyai kafein tersembunyi yang ibu bapa wajib tahu.
Antara makanan tersebut adalah:
“Anak kita bukan versi mini orang dewasa. Sistem saraf, jantung dan buah pinggang mereka belum matang.
“Kalau kita sanggup pilih susu terbaik untuk tumbesaran mereka, jangan biar tiramisu atau kopi jadi racun diam-diam,” katanya dalam kebimbangan ibu bapa beri kek tiramisu buat anak kecil.
Sumber: Dr Raihana/ Buzzkini
Baca juga: ‘Tak Masuk Akal Buah Import Asas Dibeli B40 Juga Kena SST’ – Bos Mydin