Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ibu Dan Anak Minum Air Kencing Sendiri Kerana Percaya Ianya Mampu Merawat COVID-19!

Ibu Dan Anak Minum Air Kencing Sendiri Kerana Percaya Ianya Mampu Merawat COVID-19!

Kategori:
air kencing mampu merawat covid

Kerana terlalu percaya pada mesej yang diberikan oleh rakan, seorang ibu dan anak-anaknya sanggup minum air kencing selama 4 hari kerana percaya ianya mampu merawat COVID-19.

Menurut sebuah laporan dari Evening Standard, seorang ibu dan anak-anaknya mengamalkan minum air kencing sendiri selama empat hari berturut-turut akibat terlampau taksub dengan berita palsu yang disebarkan secara meluas.

Mengganggap vaksin bahaya untuk keluarganya

Wanita tersebut juga dipercayai turut menyatakan bahawa vaksin Covid-19 telah dimanipulasi jutawan, Bill dan Melinda Gates serta berbahaya buat keluarganya.

Menurut Healthwatch Central Health London, laporan mendapati bahawa keluarga tersebut menjadi mangsa berita palsu yang tersebar di WhatsApp. Tambahan pula, berita palsu itu disebarkan oleh rakan kepada wanita tersebut yang menyebabkan wanita tersebut dan anak-anaknya sanggup minum air kencing sendiri setiap pagi selama 4 hari.

Tambahan pula, wanita tersebut lebih percaya kepada rawatan tradisional daripada vaksin kerana ianya lebih berbahaya untuk keluarganya. Namun, selepas 4 hari, mereka mula berhenti minum air kencing sendiri.

Ketua Perubatan sebuah hospital di England, Simon Stevens pula berkata, negara itu masih dalam peperangan melawan maklumat palsu berhubungan pandemik itu.

Sumber: Evening Standard

tags: