Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Berjurai Air Mata Dapat Rasa Masakan Mak” – Setelah 15 Tahun Ibu Dan Anak Terpisah, Kini Ibu Hari-Hari Masakkan Lauk Kegemaran Anak

“Berjurai Air Mata Dapat Rasa Masakan Mak” – Setelah 15 Tahun Ibu Dan Anak Terpisah, Kini Ibu Hari-Hari Masakkan Lauk Kegemaran Anak

Kategori:
ibu terpisah dengan anak

“Air dicincang takkan putus”. Inilah perumpamaan yang paling sesuai untuk gambarkan hubungan kekeluargaan yang pasti akan kembali bersama tak kira seteruk mana pun perselisihan yang terjadi.

Lebih-lebih bagi hubungan antara anak dan ibu, pasti si ibu lembut hatinya untuk memaafkan darah dagingnya sendiri.

15 Tahun Ibu Dan Anak Terpisah Kini Berbaik Semula

Pada bulan Ramadan ini, warganet tumpang gembira apabila salah seorang pengguna Facebook berkongsi kisah menyentuh hati antara dia dan ibunya. Difahamkan berpunca dari salah faham, ibu dan anak terpisah dan tak bertegur sapa selama 15 tahun.

Namun siapa sangka pada Ramadan kali ini, hati kedua-dua pihak terbuka untuk saling memaafkan dan bersatu semula.

Berkongsi kegembiraan di group Masak Apa Hari Ini, pemilik akaun Imi Aruz bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk berbaik bersama ibunya.

“15 tahun tak jumpa mak kerana selisih faham. Alhamdulillah awal bulan Ramadan takdir Allah lembutkan dan buka hati kedua pihak untuk saling memaafkan.

 Walau memang saya tak semuanya salah….saya buang ego saya. Syukur pada Allah masih beri saya kesempatan sebelum mak saya tutup mata,” – Imi Aruz

Berjurai Air Mata Dapat Rasa Masakan Mak

Pemuda tersebut juga sempat berkongsi keakrabannya dengan ibu sejak berbaik semula. Kini, si ibu tak pernah gagal untuk masakkan lauk kegemarannya kemudian menghantarkannya ke tempat kerja anaknya setiap hari.

Dia juga cukup terharu kerana masih diberi peluang untuk menikmati air tangan ibunya. Walaupun juadah yang disediakan biasa saja, namun dia sangat bersyukur sehingga sebak dengan kebaikan yang ditunjukkan ibunya. Dia juga gembira dapat mencipta pelbagai detik manis bersama ibunya pada bulan Ramadan ini.

Ibu Dan Anak Terpisah Ibu Dan Anak Terpisah Ibu Dan Anak Terpisah

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata warganet juga tumpang gembira atas khabar yang dikongsikan lelaki tersebut.

Netizen juga memuji kasih sayang yang si ibu tunjukkan kepada si anak kerana dilihat masih mengingat makanan kegemaran anaknya meskipun sudah lebih 10 tahun tak bertegur sapa.

Ibu Dan Anak Terpisah

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Dalam kesempatan tersebut, netizen juga berkesempatan untuk saling mengingati supaya berbakti selagi ibu bapa masih ada. Lapangkanlah dada dan maafkan mereka, kerana tiada siapa boleh menggantikan tempat mereka.

Ibu Dan Anak Terpisah

Kisah ibu dan anak terpisah ini juga menjadi bukti bahawa sebenarnya dari makanan, terzahir segala rindu dan kasih sayang yang tidak berpenghujung.

Walau di mana pun kita berada atau seringkas mana pun juadah yang disediakan, masakan ibulah yang paling sedap di dunia.

Pada 10 malam terakhir ini, marilah kita berdoa semoga keluarga yang terpisah dapat kembali bersama. Jangan lupa juga untuk berdoa supaya kita sentiasa menjadi anak yang boleh menggembirakan dan menjaga ibu bapa selagi hayat dikandung badan.

Simber : Imi Aruz

tags: