Pernahkah korang dengar dalam ramai-ramai adik beradik pasti ada yang pelik atau buat perangai. Begitu juga dengan benda. Dalam banyak-banyak benda pasti akan ada satu yang pelik atau pun aneh. Tidak kiralah apa sekalipun.
Begitu juga dengan makanan iaitu telur ayam. Ada satu kejadian yang mungkin boleh dianggap aneh di mana kelihatan ada sebiji telur aneh di antara banyak-banyak telur yang direbus oleh ibu ini.
Kejadian tersebut dikongsikan oleh Liana MK menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni. Ibu ini telah merebus beberapa biji telur ayam namun yang lain semuanya kelihatan elok cuma ada satu biji yang terbuka isinya.
Mungkin hanya sekadar ingin bergurau dan rata-rata warganet terhibur dengan gurauan yang dikongsikan oleh ibu ini. Malah ada juga warganet yang mengedit kembali gambar berkenaan.
Mungkin korang pun pernah berada di situasi yang aneh dan kelakar ini kan? Ianya bukanlah satu kejadian yang serius pun tetapi ia mungkin boleh membuat kita ketawa kan.
Kredit: Liana MK
Baca juga: Anehnya! Ayam Ini Bertelur Putih Hijau. Pakar Veterinar Juga Kehairanan Namun Masih Selamat Dimakan