Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ibu Ini Kongsi Resepi Ayam Ala KFC, Rasa Pun Sama! Jimat, Beli Ayam Seekor Baru RM17

Ibu Ini Kongsi Resepi Ayam Ala KFC, Rasa Pun Sama! Jimat, Beli Ayam Seekor Baru RM17

Kategori:
Ayam Ala KFC

Seorang wanita yang dikenali sebagai Suharni Yusof berkongsikan resepi ayam ala KFC. Rasanya juga hampir sama, memang confirm sedap la kan. Puas hati anak-anak beliau makan, kenyang! Jimat sungguh kalau buat sendiri, beli ayam seekor baru RM17, itupun goreng tak habis seekor. Lihat resepi lengkap di bawah, selamat mencuba!

Resepi Ayam Ala KFC, Coleslaw & Mash Potato

Bahan-bahan ayam:

  • Bancuhan untuk perap ayam (tepung bestari garlic bersama sedikit air)
  • Campuran tepung kering (1 1/2 tepung bestari+ 1 senduk tepung beras+ 1 senduk tepung gandum)

Cara-cara:

  1. Perapkan ayam dengan bancuhan tepung bestari garlic dengan sedikit air. Perap lagi lama lagi sedap. (2 jam)
  2. Selepas perap, golekkan dalam campuran tepung kering. Kalau nak pedas, masukkan juga serbuk cili.
  3. Kemudian celupkan kembali ke dalam bancuhan tepung cair tadi dan golekkan sekali lagi dalam tepung kering. (2 kali golek)
  4. Goreng dalam periuk kecil lebih mudah. Jangan letak ayam banyak nanti lambat masak. Gunakan api sedehana. Kalau api kuat ayam masak terkejut, luar garing tapi dalam tak masak pulak nanti.
  5. Hasil gorengan yang pertama. Betul betul macam ayam KFC original kan. Alhamdulillah. Tak rugi mencuba.Selamat mencuba semua ya!

Bahan-bahan coleslaw: 

  • 1/4 Kobis
  • 1 batang karot
  • 5 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • 1/3 susu kotak kecil farm fresh

Cara-cara:

  1. Buang bahagian tengah yang keras kobis. Potong panjang dan nipis, kemudian dadukan. Sama juga dengan karot, potong dadu.
  2. Satukan kabus dan karot. Masukkan mayonis, gula, garam dan susu segar. Gaul sebati.
  3. Masukkan dalam freezer kalau nak cepat sejuk.

Bahan mash potato:

  • Kentang
  • Butter/marjerin
  • Garam
  • Susu segar
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • Sesudu tepung gandum
  • Beberapa sudu sos lada hitam life
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Kicap manis

Cara-cara:

  1. Kupas kulit kentang. Rebus sehingga empuk.
  2. Masuk dalam bekas dan lecek sehingga hancur semasa masih panas.
  3. Tambahkan sedikit butter atau marjerin, sedikit garam dan sedikit susu segar.
  4. Tumiskan marjerin atau butter. Tumis bawang yang dah dipotong dadu.
  5. Tambahkan sesudu tepung gandum, masak sehingga keperangan.
  6. Tambahkan sos lada hitam dan sedikit susu farm fresh.
  7. Masukkan kiub pati ayam, sedikit kicap manis dan tambah sedikit air.
  8. Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  9. Selamat mencuba!

 

tags: