Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jantung Baby Tak Okay, Mata Ibu Terbeliak Tahan Contraction Angkara Minum Air Selusuh

Jantung Baby Tak Okay, Mata Ibu Terbeliak Tahan Contraction Angkara Minum Air Selusuh

Kategori:
tahan contraction akibat air selusuh

Dalam kalangan masyarakat Melayu lama, air selusuh dipercayai dapat memudahkan proses bersalin. Namun begitu, minuman yang mengandungi akar kayu dan herba sebenarnya tidak disarankan oleh pakar perubatan kerana boleh mengakibatkan risiko tinggi terhadap ibu serta bayi dalam kandungan.

Tanggung azab contraction beberapa kali…

Mengenai isu ini, Dr Muhammad Izzat berkongsi pengalaman menguruskan situasi seorang ibu bersalin yang agak mendebarkan. Sewaktu wanita terbabit ditemui, keadaanya sangat kusut masai gara-gara menanggung perit contraction beberapa kali. Namun begitu, beliau akui sedikit pelik memandangkan si ibu langsung tidak diberi pitocin yang biasanya digunakan untuk memulakan kelahiran.

“Dr, tolong tengok jap patient bilik 9”
“Nape tu. Kes apa?”
“Primigravida ( ibu pertama ), at 38 weeks, 2 hours in active phase of labour ( 2 jam fasa aktif bersalin ). Antenatally uneventful ( masa mengandung tkde masalah )
Contraction dia dari wad memang dah mencanak-canak, kekadang datang 4 kali dalam 10 minit. Tapi memang lama dan panjang sakitnya”
“Ada start pitocin ke?”
“Takde Dr. Memang own contraction tu”
Ok jap saya datang.
Rambut pesakit dah kusut masai. Tudung kemana, bantal ke mana
Mata terbeliak-beliak menahan sakit kontraksi. Bukan main-main sakitnya ni.
Pelik, takda pitocin ( ubat diberikan dalam drip untuk kuatkan kontraksi rahim) tapi sakitnya bukan kepalang. Kerap pula tu.
Tekanan darah, nadi ibu masih okay lagi.
Cuma sakitnya tu, timbul tanda tanya. Sepatah saya tanya, sepatah dia jawab. Memang dia menahan sakit amat.
CTG ( Graf jantung baby ) dah ongoing untuk 40 minit. Jantung anak nampaknya tak memberangsangkan. Pada graf jelas kontraksi rahim sememangnya kuat dan kerap.

Jantung baby tak elok…

Setelah disiasat, rupa-rupanya wanita berkenaan mengakui ada minum air selusuh sebelum dibawa masuk ke bilik bersalin. Ujarnya, dia sempat minum secawan akar Fatimah yang disyorkan oleh ibunya sendiri. Gara-gara risau dengan keadaan jantung bayi yang kian kritikal, akhirnya ibu tersebut bersetuju untuk melakukan czer.

“Puan, jantung baby tak berapa elok ni. Saya periksa bawah jap eh”
VE masih 4cm, ada tanda-tanda baby dah berak.
“Tadi kat wad sebelum masuk labour room ada ambil air selusuh ke?”
“Mak saya pesan sebelum pegi Labour room, minum air akar fatimah. Saya sempat minum secawan. Lepas tu contraction tak berhenti-henti”
“Saya kena buat caesar dah ni, jantung baby tak berapa elok. Bahaya kalau tunggu lagi”
Pesakit setuju untuk caesar. Borang persetujuan dah sain. Caesar dilakukan.

Menyesal minum air selusuh…

Tindakan pantas pihak perubatan berjaya menyelamatkan bayi dalam kandungan dengan selamat tanpa sebarang masalah. Jelas Dr Muhammad Izzat, air selusuh boleh mengakibatkan bayi stress gara-gara kurang dapat oksigen. Justeru, wanita terbabit akui menyesal dengan tindakkannya sebelum itu.

Mujur baby dilahirkan sihat. Tiada masalah.
1 jam lepas operation, review patient semula. Walaupun masih penat tapi dia mampu tersenyum kali ini.
“Sakit tadi ya Allah, tktau mcm mana saya nak gambarkan. Bagaikan di hiris-hiris”
“Awak kena faham, contraction rahim yang kerap dan banyak (akibat selusuh) boleh ganggu peredaran darah pada tali pusat. Kurang darah sampai ke baby, baby terberak tu tandanya dia dalam keadaan stress dan kurang oksigen”
“Saya memang takkan amek dah akar fatimah segala tu Dr. Saya betul-betul menyesal”

Sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor atau pakar terlebih dahulu sebelum minum air selusuh ini. Mungkin setiap orang berlainan tindakbalasnya. Ada yang selamat sahaja setelah minum air ini namun ada juga yang sebaliknya.

 

Sumber: Dr Muhammad Izzat

tags: |