Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ada Budak Perempuan Tu..”, Ibu Seram Si Anak Suap Makanan Dekat Sebelah. Siap Tadahkan Nasi Lagi

“Ada Budak Perempuan Tu..”, Ibu Seram Si Anak Suap Makanan Dekat Sebelah. Siap Tadahkan Nasi Lagi

Kategori:
Ibu Seram Si Anak Suap Makanan Dekat Sebelah

Bumi merupakan salah satu tempat yang didiami oleh semua makhluk. Bukan sahaja manusia malah terdapat seribu satu makhluk lain yang turut mendiami. Terdiri daripada pelbagai jenis bangsa manusia, pelbagai jenis haiwan dan yang paling ditakuti adalah jin. Jin juga makhluk tuhan yang bersifat ghaib. Bukan semua manusia yang boleh melihat jin atau hantu ini. Hanya orang tertentu sahaja.

Selain haiwan berbisa, jin merupakan salah satu makhluk tuhan yang ditakuti oleh kebanyakan manusia. Kita akan mula berasa seram dan takut apabila menonton, mendengar atau melihat sendiri makhluk ghaib ini. Kewujudannya di sesuatu tempat memang misteri. Malah terlalu banyak kisah seram yang kedengaran.

Si anak suap makanan kepada seseorang buat ibu ini berasa seram

Seperti mana kisah yang dikongsikan oleh Nisdorli menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan kisah seram mengenai anaknya yang menyuap makanan kepada seseorang. Menerusi video tersebut, jelas kelihatan anak lelakinya yang pada ketika itu sedang makan nasi turut menyuapkan kepada seseorang. Namun seseorang itu langsung tidak kelihatan.

Malah anaknya itu hanya senyum sahaja apabila ditanya suap kepada sesiapa. Menurut Nisdorli juga, sudah 3 kali anaknya itu menyuapkan dekat sebelah tu. Seperti menyuapkan kepada seseorang. Siap tadah tangan lagi. Ibunya tidak dapat sahkan siapa yang disuap oleh adik ini namun ibunya berasa seram dengan situasi tersebut.

@nisdorli pagi2 die seramkn ummi 😑#fyp #paranormalvideos #fypage ♬ original sound – nisdorly90

Ada budak perempuan..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok yang menonton. Malah ada juga beberapa orang yang mengatakan kelihatan seorang budak perempuan yang berpakaian putih serta berambut pendek. Kelihatan seperti anak orang putih atau mat salleh.

Rambut pendek, cantik..

Tidak kurang juga ada yang berasa seram dan terpaksa menunggu suami pulang untuk masuk ke tandas. Dalam masa yang sama ada juga yang sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama. Di mana pada waktu kecil, anaknya juga mempunyai kawan.

Seram bukan? Kalau seorang dua yang nampak budak perempuan tu mungkin masih boleh tidak dipercayai. Namun ramai dalam kalangan warganet yang mengatakan ianya adalah kanak perempuan. Walaubagaimanapun, jika situasi seperti ini semakin menakutkan dan membawa kemudharatan, adalah lebih baik berjumpa pakar atau ustaz. Semoga kita semua dilindungi dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kredit: TikTok nisdorli

Baca juga: “Staff Dia Malas..”, Servis KFC Makin Teruk, Individu Mengadu Ayam KFC Rasa Macam Asap

tags: |