Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anak Jadi ‘Bahan Tawa’ Kerana Bawa Mangkuk Tingkat, Ibu Murid Ini Tampil Beri Penjelasan

Anak Jadi ‘Bahan Tawa’ Kerana Bawa Mangkuk Tingkat, Ibu Murid Ini Tampil Beri Penjelasan

Kategori:
murid bawa mangkuk tingkat

Sejak sesi persekolahan tahun ini bermula, pelbagai ragam pelajar yang dapat kita lihat hasil perkongsian oleh ibu bapa dan guru.

Tidak terkecuali dengan seorang murid perempuan ini apabila gambarnya yang sedang menikmati makanan yang dibekalkan ibunya semasa waktu rehat tular di media sosial.

Ibu murid yang dikatakan ‘lapar perhatian’, tampil beri penjelasan

Susulan tularnya gambar murid yang dikenali sebagai Batrisya itu, ramai yang memuji dan memberi kata-kata positif buatnya.

Namun ada juga netizen yang menjadikan mangkuk tingkat Batrisya sebagai bahan ketawa. Ada yang berkat kanak-kanak tersebut seperti ingin pergi picnic. Malah ada juga yang mendakwa ibu murid itu membekalkan makanan di dalam mangkuk tingkat untuk meraih perhatian.

Terkilan dengan dakwaan yang diterima, ibu Batrisya tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini menerusi posting di Facebook miliknya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4320652204617899&set=a.268305943185899&type=3

Ayah Batrisya juga turut tampil menjelaskan bahawa mangkuk tingkat itu diangkat olehnya dan bukan membairkan anaknya membawa sendiri.

Rata-rata netizen turut bersetuju apa yang dilakukan itu terhadap anaknya dan menyusuh ibu murid tersebut mengabaikan kecaman negatif yang diterima.

Sumber: Hasimah Abdullah

tags: