Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ikan Rebus Air Asam Campur Bendi Masakan Lejen! Memang Rasa Berbeza Jika Makan Sekali!

Ikan Rebus Air Asam Campur Bendi Masakan Lejen! Memang Rasa Berbeza Jika Makan Sekali!

Kategori: ,,
ikan rebus air asam

Lauk ikan memang menjadi pilihan rakyat Malaysia selain ayam. Ini disebabkan, ada di antara kita yang memang tidak makan lauk ayam sebagai hidangan sajian. Jadi, ikanlah yang menjadi pilihan.

Dengan lauk ikan, pelbagai cara boleh dimasak. Ada yang masak goreng kunyit, masak kuah kicap dan masak kuah sambal merah. Pelbagai jenis lauk lah boleh buat kan? Tapi, ada satu cara yang memang boleh dikatakan lejen dan senang dimasak.

Kalau sekali makan, memang bertambah nasi! Ia adalah menu ikan rebus air asam campur bedi. Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami akan kongsikan resepi legend berkenaan!

Ikan Rebus Air Asam Campur Bendi Masakan Lejen! Memang Rasa Berbeza Jika Makan Sekali!

ikan rebus air asam

Bahan-Bahan

  • ikan (boleh ikut selera nak banyak mana)
  • bendi
  • bawang kecil
  • bawang putih
  • air asam jawa
  • belacan bakar
  • cili (mengikut kepedasan)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Rebus ikan dan bendi secara berasingan.
  2. Hiris bawang kecil secara nipis dan halus.
  3. Bakar bawang putih dan ketuk bawan berkenaan.
  4. Bakar belacan juga.
  5. Selepas itu, satukan semua dalam satu bekas.
  6. Masukkan air asam jawa dan gaul rata.
  7. Tuangkan atas ikan yang dah dibuang tulang dan gaulkan.
  8. Campur dan makan sekali dengan bendi rebus bersama nasi panas-panas.

ikan rebus air asam ikan rebus air asam

Jadi, bila dah siap lauk ikan rebus air asam capur bendi kita ni. Bolehlah hidang dengan perahan air limau nipis. Letak hirisan cili padi jika mahukan kepedasan yang berganda! Letak dalam satu pinggan. Boleh potong-potong juga bendi untuk kepekatan kuah yang pekat apabila dihidup! Confirm kecur air liur!

Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari

Baca juga: 150 Mangsa Rugi RM20 Juta Kerana Musang King, Gara-Gara Sertai Perniagaan ‘Atas Angin’

tags: | |