Pasaraya terkemuka dunia, IKEA dalam satu kenyataan semalam meminta para pelanggannya supaya segera berhenti menggunakan pinggan, mangkuk dan mug HEROISK atau TALRIKA. Pelanggan juga diminta hadir ke mana-mana cawangannya untuk membuat tuntutan semula (refund).
IKEA juga turut memaklumkan bahawa mereka telah menarik balik produk berkenaan daripada pasaran kerana ada laporan produk-produk tersebut berisiko untuk pecah dan berpotensi menyebabkan kesan lecur akibat kandungan bahan yang panas.
Kesemua produk yang dinyatakan telah diuji dan mematuhi semua piawian yang ditetapkan. Namun begitu, IKEA telah menerima aduan kerosakan produk-produk berkenaan. Walau bagaimanapun, tiada insiden serupa dilaporkan di Malaysia.
Mereka turut memaklumkan bahawa pelanggan yang telah membeli produk HEROISK dan TALRIKA boleh memulangkan kembali di mana-mana cawangan ikea untuk mendapatkan bayaran balik. Bukan itu sahaja, resit pembelian juga tidak diperlukan.
Pihak IKEA juga telah momohon maaf kepada para pelanggan yang terjejas dengan makluman ini.
Sumber: IKEA