Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ilmu Pengasih Tanak Nasi, Selama 25 Tahun Guna Cara Ini! Siapa Sangka, Buat Orang Lagi Tergila Nak Tambah Nasi

Ilmu Pengasih Tanak Nasi, Selama 25 Tahun Guna Cara Ini! Siapa Sangka, Buat Orang Lagi Tergila Nak Tambah Nasi

Kategori: ,

Siapa sangka ilmu pengasih yang digunakan selama 25 tahun ini buatkan orang lain nak selalu tambah nasi yang sedap ini. Ilmu pengasih yang dikatakan itu tidak lah menggunakan apa-apa jenis makhluk ghaib seperti jin, syaitan dan sebagainya.

Itu semua karut! Ini adalah cara sebenar untuk tanak nasi supaya menjadi lagi sedap dan buatkan orang lain nak tambah nasi.

Ilmu Pengasih Tanak Nasi, Selama 25 Tahun Guna Cara Ini! Siapa Sangka, Buat Orang Lagi Tergila Nak Tambah Nasi

Tips yang dikongsikan ini adalah daripada Ahmad Shukri dan mendapat perkongsian di pelbagai sosial media. Kerana, tidak pernah terfikir pula ilmu pengasih ini menjadi. Patutlah bila makan di kedai makan, sedap nasi putih yang ditanak oleh mereka.

Beliau mempunyai pengalaman sebanyak 25 tahun dalam mencari rezeki di dalam dunia makanan dan maksudnya beliau sudah tahu liku-liku untuk hasilkan makanan yang sempurna.

tanak nasi

Dikatakan oleh beliau bahawa cara ilmu pengasih ini banyak digunakan di kedai-kedai nasi campur dan boleh digunakan semasa kenduri kahwin.

Caranya ialah dengan membacakan Bismillah dan selawat semasa membasuh beras itu. Berapa banyak kali untuk dibaca itu adalah di atas kita sendiri.

tanak nasi

Selain itu, masukkan sedikit garam dan minyak ke dalam air nasi untuk ditanak. Jangan lupa masukkan juga daun pandan kerana ianya berfungsi untuk wangikan nasi anda.

Fungsi minyak adalah supaya tidak melekat dan tidak menjadi berderai manakala garam pula untuk tambahkan rasa kepada nasi putih itu.

tanak nasi

Beliau juga ada kongsikan, jika ingin masak nasi selain nasi putih seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak dan sebagainya. Boleh masukkan 3 atau 4 ketul gula batu untuk mengilatkan nasi supaya menjadi lebih cantik.

Beliau kongsikan ilmu pengasih ini untuk dapatkan pahala yang berterusan supaya orang lain juga dapatkan nasi yang sedap.

Terima Kasih ‘Share’ Ilmunya, Moga Murah Rezeki

Meninjau di ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada beliau kerana mereka juga baru sahaja tahu tips ini dapat buatkan nasi lagi sedap.

tanak nasi tanak nasi tanak nasi tanak nasi

Semoga si pemberi tips ini dikongsikan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa di dalam keadaan sihat kerana beliau telah membantu ramai para isteri.

Selamat Mencuba!

Kredit: Ahmad Shukri

Baca Juga: “Pergh, Anjing Dia Makan Chicken Rice Lah!” – Abang Foodpanda Delivery Nasi Ayam Untuk 2 Ekor Anjing, Siap Ada Slide Lagi!

tags: |