Sejak COVID-19 melanda dunia, hampir 70% rakyat Malaysia yang terkesan. Kehilangan pekerjaan, diberhentikan kerja, hilang sumber pendapatan. Kehidupan memang berubah 90 darjah. Dari kehidupan yang senang lenang bertukar kepada kesusahan. Tapi mahu buat macam mana lagi, ujian yang tuhan beri untuk hamba-hambanya.
Ada yang mula bertani dan mula berniaga. Cuba buat macam-macam untuk meneruskan hidup. Seperti apa yang diluahkan oleh Imam Muda Asyraf semalam. Banyak sangat yang kita dapat lihat hari ini ada yang cuba menjual makanan, walapun makanan tak menjadi, kedai tak dikunjugi tapi tetap juga berniaga.
Itu belum kira yang mula daftar sebagai ejen. Siap tanya lagi, ‘Dropship tu apa?, Fb ads tu macamana? Telegram apa pulak? Broadcast? IG Story? Akhirnya diorang buka akaun tapi tak tahu untuk apa. Susah kan hidup sekarang?
Bukan mudah sebenarnya, dari kerja makan gaji tiba-tiba terpaksa berniaga. Bukan semua orang lahir-lahir terus pandai meniaga. Ada yang sudah usaha dan belajar meniaga bertahun-tahun baru pandai. Baru berjaya.
Jadi apa yang kita boleh lakukan adalah bantulah mereka. Belilah barangan yang mereka jual. Sebab mereka tak mengemis. Mereka cari makan dengan cara yang halal untuk bagi anak bini makan.
Memang kita tak kaya, mungkin kita juga tengah cuba sedaya upaya untuk survive. Tapi kalau ada duit lebih, belilah barangan atau makanan mereka. Sebab kalau kita tak beli siapa lagi kan? Kalau dah banyak sangat makanan dekat rumah, mungkin boleh sedekah dekat orang lain.
https://www.facebook.com/ImamMudaAsyraf/posts/281840253302507?__cft__[0]=AZUCTVYGuOxnFo2hA05IkIgYyJR3sY27Wrtt4RZ_Qus57tvR3Ta-XGpVQLs4bwpFPfafWxZDsvYIiIXYkwwqRkpla5Jc1ryTtrOHYTwiIRT58XZMFa2YV0q-mQzrEHkbTAaEh70WNpI0ihEteEAaqjsQ&__tn__=%2CO%2CP-R
Sumber: Imam Muda Asyraf