Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Jenang Sumsum

Indonesian Cuisine: Resepi Jenang Sumsum

Kategori: ,,

Pada post kali ini admin nak kongsikan satu resepi iaitu Resepi Jenang Sumsum. Resepi yang sangat senang dan mudah untuk dibuat selain bahan-bahannya sangat senang untuk diperolehi.

Kalau di Indonesia, resepi ini biasanya disajikan untuk makan pagi, tetapi di Malaysia menu ini kerap disajikan pada waktu petang sambil minum petang atau tengok tv bersasma keluarga. Kan best tu.

Resepi Jenang Sumsum

 

Resepi Jenang Sumsum

Bahan-bahan:

  • 150 g Gula Merah
  • 250 ml air
  • pandan.
  • 75 g Tepung beras
  • 25 g Tapioca starch
  • Garam
  • santan
  • 700 ml Air.

Cara-cara Memasak:

  1. Masukkan air, pandan dan gula merah kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Sementara itu rebuskan mutiara hingga masak.
  3. Untuk sumsum, masukkan semua bahan tepung, garam, air secukupnya dan sedikit santan kara. Adukkan hingga sebati.
  4. Kemudian saringkan dan masak dengan api sedang terlebih dahulu sambil kacau. Masakkan sehingga pekat. Biarkan seketika supaya sejuk dahulu.
  5. Sementara itu toskan mutiara yang direbus tadi.
  6. Untuk santan, masakkan santan dan sedikit garam sekejap.
  7. Setelah semua masak, siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba, belum cuba belum tahu.

Tonton video di bawah untuk langkah demi langkah.

Kredit : Nikmatul Rosidah

 

 

 

tags: | | |