Hai semua, hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua satu resepi Kuih Lumpur Labu Kuning yang sangat sedap dan lembut.

Resepi ini sangat sedap dan ringkas. Tambahan pula bahan-bahannya sangat senang unutk diperolehi. Kuih ini sangat sesuai dijadikan juadah minum petang bersama keluarga atau kawan-kawan.

Sudah pastinya anak-anak anda akan terpikat dengan resepi ini.

 

Kuih Lumpur Labu Kuning

 

Resepi Kuih Lumpur Labu Kuning

Bahan-Bahannya:

  • 500 gr labu kuning yang sudah direbus lalu dihaluskan
  • 150 gr gula pasir
  • 150 gr tepung terigu
  • 100 gr mentega
  • 300 cc santan
  • 2 butir telur
  • 4 sdm susu kental manis
  • 1 sdm vanili cair
  • 1/2 sdt garam
  • Kismis secukupnya

 

Cara-cara Memasak:

  1. Masukkan gula, garam, telur dan mentega dan mixerkan sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan labu kuning, tepung, vanilli dan susu dan di uli menggunakan tangan sampai sebati.
  3. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit sambil menguli adunan.
  4. Masukkan adunan ke dalam kuali mengikut bentuk citarasa masing-masing.
  5. Masakkan seketika. Kemudian letakkan kismis diatas. Tunggu sehingga masak dan angkat unutk dihidangkan.

 

Semoga berjaya dan Selamat Mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaannya:

Kredit resepi Bunda Cinta

 

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 62 times!)