Rica-rica atau kadang-kadang hanya dipanggil rica adalah sejenis bumbu panas dan pedas (campuran rempah) yang berasal dari Manado Sulawesi Utara, Indonesia.  Berikut adalah resepi ayam rica rica:

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Ayam
  • Lemon juice
  • Chicken powder
  • Garam.

Bumbu:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cabe
  • Jahe
  • Serai
  • Daun jeruk purut
  • Daun kucai
  • Daun bawang
  • Minyak Air
  • Garam & gula

Cara-cara memasak

  • Pukul-pukul sedikit isi ayam, kemudian potong. Selesai dipotong, perahkan lemon, kaldu bubuk ayam dan garam, aduk hingga rata.
  • Diamkan selama 40 minit sehingga meresap semua. Goreng dulu sekejap bahan bumbu iaitu bawang merah, bawang putih, cabe merah kemudian haluskan.
  • Selanjutnya goreng ayam dahulu, angkat dan ketepikan.
  • Tumis bahan bumbu tadi, masukkan serai dan daun jeruk purut. Kemudian, masukkan garam, gula, daun kucai, tomato serta air secukupnya. Masak hingga mendidih.
  • Akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi. Tutup dan masak sebentar. Masukkan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.

Tonton video di bawah:

Kredit : Nikmatul Rosidah

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 125 times!)