Berikut menunjukkan Resepi Bolu Tape. Mungkin ada yang belum pernah rasa kek tape kan. Kek atau bolu tape ini sangat digemari oleh warga Indonesia terutamanya.

Resepi ini sangat ringkas dan bahannya sangat senang untuk diperolehi. Asyik  makan cheese kek je kan. Apa kata hari ini kita buat kek tape pulak. Tukar selera katakan.

Resepi Bolu Tape

 

Resepi Bolu Tape

Bahan-bahan : 

  • 200 g Terigu
  • 1 sdt baking soda
  • 1 1/2 sdt baking powder
  • 200 g gula
  • 110 g Mentega
  • 1 telur
  • 200 g Tape
  • 60 ml susu

Cara-cara Memasak:

  1. Masukkan tepung yang sudah diayak kedalam bekas adunan, baking powder dan baking soda. Kemudian sisihkan dahulu.
  2. Sementara itu, mixerkan butter dengan gula hingga creamy. Kemudian masukkan telur.
  3. Masukkan tape kedalam bahan mixer. Mixerkan hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan susu  kedalam bahan mixxer sambil teruskan mixer.
  5. Apabila sudah sebati, masukkan adunan dan bakar di dalam oven hingga masak. Bentuk loyang mengikut citarasa anda.
  6. Apabila sudah masak, keluarkan dan potong. Siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video untuk rujukan :

kredit : Nikmatul Rosidah

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 12 times!)