Pada post kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua resepi brownie kukus. Brownies adalah kuih yang mana setiap peringkat umur sukakannya, ia juga mudah di dapat di mana-mana pasaraya atau kedai kek. Kalau selama ini kita beli di kedai, apa salahnya kita cuba buat sendiri di rumah. Berikut merupakan resepi untuk membuat brownies kukus.

Bahan-bahannya

  • 1 butir telur
  • 3 sdm gula pasir
  • 3 sdm tepung terigu
  • 3 sdm minyak sayur
  • 3 sdm air panas
  • 3 sdm skm putih / coklat
  • 3 sdt coklat bubuk
  • 1/4 sdt soda bikarbonat

Cara membuatnya

  • Mixer telur dengan gula, kemudian masukan tepung, coklat bubuk, soda kuih
  • Aduk kesemua hingga rata,masukan air suam dan minyak sayur dan juga susu kental manis
  • Kemudian masukan ke dalam cetakan, dan kukus selama 20 minit
  • Selepas 20 minit, siap dihidang

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

3/5 (1 Review)
(This post has been visited 4 times!)