Anda penggemar chicken steak, tapi tidak tahu bagaimana cara untuk membuatnya?? Berikut adalah resepi chicken steak yang mudah dan cepat, serta mempunyai rasa yang lazat:

 

Bahan-bahan:

  • Paha Ayam Buang tulangnya
  • Bawang putih
  • Plain yogurt
  • Cayenne pepper
  • Merica
  • Paprika kunyit
  • Minyak
  • Rosemary
  • Garam
  • Kaldu ayam
  • Bubuk

Cara-cara:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan chicken steak.
  2. Paha ayam yang sudah dibuang tulangnya dipukul-pukul supaya dagingnya lembut. Masukkan bawang putih yang dihaluskan, yogurt, cayenne pepper, lada hitam, turmeric, paprika, rosemary, chicken powder, garam, dan olive oil. Kemudian, perap dan biar meresap. Tutup dengan plastic wrap lebih kurang selama 30 minit.
  3. Potong kentang yang sudah direbus hingga matang kepada empat. Kemudian, goreng kentang (baby kentang) bersama kulitnya. Masukkan merica, garam, dan cayenne pepper. Lalu, digoreng hingga matang.
  4. Panaskan sedikit minyak masak. Lalu, goreng ayam yang sudah diperap hingga garing, lebih kurang selama 20 minit.
  5. Setelah itu, angkat ayam dan kentang yang sudah dimasak. Tambah brokoli dan tuangkan sos lada hitam keatas ayam. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba dan semoga berhasil.

Tonton video di bawah untuk rujukan :

Kredit : Nikmatul Rosidah

 

 

3/5 (1 Review)
(This post has been visited 67 times!)