Churros adalah sejenis pastri dari Sepanyol yang seakan-akan rasa donut dan sangat popular di Sepanyol, Perancis, Portugal dan Amerika Latin. Berikut merupakan resepi untuk membuat churros yang enak dan lazat.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 160 gr tepung terigu
  • 4 sdm mentega
  • 2 butir telur
  • 300 ml air putih
  • 1 sdt panili cair
  • 100 gr gula pasir
  • 3 titis cuka asam

Cara memasak

  • Langkah pertama tuangkan air dan mentega dalam periuk atau kuali.
  • Kalau mentega dah cair masukan tepung terigu, kacau hinga sebati
  • Kemudian mixer adunan dengan telur, panili hingga betul sebati
  • Rebus air dengan gula dan tambah cuka asam hingga mendidih
  • Masukan adunan ke dalam plastik yang hujungnya sudah dipotong untuk cetakan
  • Goreng selama 10 minit mengikut keadaan
  • Setelah matang masukan ke air gula dan siap dihidang

Selamat Mencuba.

Tonton video di bawah untuk cara-cara penyediaannya:

 

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 47 times!)