Bila pergi pasar malam sekarang ni, susah sangat dah nak jumpa kuih creampuff ni. Ni merupakan salah satu favourite saya. Mesti ada korang yang minum petang korang hanya minum air je kan. Bukan sebab malas, tapi takde idea kan nak masak apa untuk minum petang? Kenapa nak risau, saya akan sediakan resepi creampuff  yang sangat sedap ni untuk anda semua.

Berikut adalah cara-cara membuat creampuff :

Bahan-bahan :

  • 100 ml Air
  • 100 ml Susu
  • 70 g Butter
  • 3 Telur
  • 1/2 sdt garam
  • 1/2 sdt Gula
  • 100 g Terigu pro sedang.

Filling :

  • 200 ml atau lebih Whipping cream
  • 30 g icing sugar Gula halus tepung

 

Cara-cara :

Untuk puff:

  1. Masukkan susu dan air kedalam periuk. Kemudian masukkan mentega, gula dan garam. Masakkan dan gaul seketika dan masukkan tepung terigu.
  2. Tutupkan api dan kacaukan sehingga sekata. Masukkan telur satu per satu sambil kacau supaya sebati. Alaskan loyan dengan kertas memasak dan bentukkan puff mengikut acuan yang sesuai.
  3. Panggang didalam oven selama 20 – 25  minit.

Untuk cream:

  1. Mixer gula halus, vanilla dan whipping cream. Mixer sehingga menjadi creamy. Masukkan kedalam acuan untuk di masukkan kedalam puff yang sudah di masak.
  2. Masukkan cream kedalam puff yang dibelah sedikit. Siap untuk dihidangkan.

Tonton video di bawah :

kredit : Nikmatul Rosidah

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba.

 

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 71 times!)