Nak menonton drama atau movie tapi bosannya tak ada benda yang nak dikunyah. Kalau pergi tengok wayang ada juga popcorn untuk dibeli. Jangan risau saya sediakan Resepi Kacang Bawang untuk masalah anda. Jom ikuti resepi kacang bawang ini.

Bahan-bahannya adalah:

Resepi Kacang Bawang

  • 6 siung bawang putih
  • 300 gr kacang tanah
  • Perasa makanan
  • Air panas secukupnya

Cara membuat kacang bawang:

  1. Tuangkan air panas kedalam bekas berisi kacang atau rebuskan kacang.
  2. Kemudian kupaskan kacang.
  3. Tumbuk haluskan bawang putih dan perasa makanan.
  4. Gorengkan kacang hingga kekuningan dan masukkan bahan yang ditumbuk halus. Gorengkan hingga kacang masak.
  5. Angkat dan toskan minyak terlebih dahulu dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat Mencuba.

Tonton video di bawah untuk mengetahui langkah-langkah selanjutnya:

Kredit resepi: Bunda Cinta

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 2 times!)