Berikut adalah resepi kek pisang kukus :

Kek pisang kukus amat dikenali dan digemari ramai termasuk semua golongan masyarakat tidak kira tua atau muda. Kali ini, resepi kek pisang kukus yang akan dikongsikan ialah kek pisang kukus resepi Indonesia. Berikut kita dapat melihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara penyediaannya yang mudah dan ringkas.

Bahan-bahan: 

  • 250 g Tepung Terigu pro rendah
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 1 sdt soda penaik
  • 1 sdt garam
  • 125 g gula
  • 110 g Mentega/Butter/Margarine
  • 1 sdt SP/Emulsifier
  • 2 telur
  • 1 tsp Vanilla
  • 2 buah pisang matang.

Cara-cara :

  • Panaskan oven (160° C)
  • Ayakkan tepung (250g)
  • Tambahkan 1 sudu serbuk penaik,1 sudu soda penaik dan 1 sudu garam ke dalam adunan.
  • Campur dan gaul sehingga rata.
  • Masukkan coklat cip ke dalam adunan.
  • Asingkan adunan kering tersebut
  • Masukkan mentega, gula 110g dan emulsifier/pengemulsi ke adunan baru
  • Masukkan 2 buah pisang dan vanilla.
  • Kacau dengan mixer selama 2 minit (masukkan telur semasa proses kacau)
  • Setelah sebati, masukkan semua adunan kering tadi dan campurkan ke dalamnya.
  • Kacau dan campur sehingga sebati seperti biasa (pastikan semua bahagian rata)
  • Gunakan skup untuk masukkannya ke dalam bentuk acuan.
  • Dikukus selama 30 minit. Or bake in 180° C.

Selamat mencuba resepi ini.

Rujuk video di bawah :

Kredit : Nikmatul Rosidah

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 23 times!)