Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Kuih Pattola

Indonesian Cuisine: Resepi Kuih Pattola

Kategori: ,,

Hai semua.. hari ini saya ingin kongsikan cara untuk membuat kuih pattola. Anda pernah membuat kuih ini? Kuih ini merupakan satu kuih yang sentiasa mejadi santapan masyarakat di indonesia. Berikut merupakan resepi untuk membuat kuih pattola:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250  gr tepung beras(dikukus)
  • 200 ml air panas
  • pewarna makanan
  • sejemput garam

Bahan-bahan kuah:

  • 700 ml santan kental
  • 1 lembar daun pandan
  • 100 gr gula pasir
  • sejemput garam

Cara membuat kuih pattola

  1. Masukkan tepung beras, garam,air panas dan kacau sehingga rata
  2. Masukkan pewarna makanan dan sedikit air, kacau sehingga adunan bertukar warna
  3. Letakkkan adunan di dalam bekas adunan dan tekan sehingga mendapat panjang bentuknya
  4. Kukus adunan yang telah disiapkan tadi selama 15 minit
  5. Untuk bahagian kuahnya, rebus semua bahan kuah sehingga mendidih
  6. Setelah itu masukkan adunan yang telah dikukuskan tadi kedalam kuahnya.

Selamat Mencuba

Tonton video di bawah untuk cara-cara penyediaannya:

 

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

tags: | | |