Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Kuih Pukis Kekinian

Indonesian Cuisine: Resepi Kuih Pukis Kekinian

Kategori: ,,

Adakah anda penggemar Kue Pukis atau dipanggil Kuih Pukis?? Kuih pukis adalah salah satu kuih popular di Indonesia yang dibuat dari adunan telur, gula pasir, tepung terigu, tepung beras, santan, dan juga sebagainya. Berikut adalah resepi untuk membuat resepi kuih pukis kekinian.

Bahan-bahan:

  • 200 gr tepung terigu
  • 50 gr tepung beras
  • 100 gr gula pasir
  • 300 cc santan rebus
  • 1 butir telur
  • 50 gr margarin
  • 1 sdm susu bubuk
  • 1 sdm fermipan
  • pewarna makanan

Cara membuatnya:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan kuih pukis.
  2. Masukkan gula, fermipan, telur, mentega, susu bubuk, tepung terigu dan juga santan.
  3. Aduk kesemua bahan tadi hingga bercampur rata dan sebati. Selepas itu, masukkan pewarna makanan, lalu aduk adunan tersebut.
  4. Kemudian, biarkan adunan selama 30 hingga 45 minit.
  5. Hidupkan dapur gas dengan api sedang dan sapukan acuan cetakan dengan marjerin.
  6. Setelah itu, masukkan adunan kedalam acuan cetakan kuih pukis dan tutup cetakan tersebut.
  7. Tabur coklat chip di atas kuih pukis agar kelihatan cantik dan tutup cetakan sehingga matang.
  8. Keluarkan dari cetakan dan siap untuk disajikan.

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaannya:

https://youtu.be/-Pt70uJGouo

Kredit resepi Bunda Cinta

tags: | | |