Laksa versi Malaysia dah pernah rasa semuanya. Tapi kali ini kami nak kongsikan satu resepi laksa tetapi laksa versi Indonesia. Resepi Laksa ini sangat senang, ringkas dan bahan-bahannya sangat senang untuk diperolehi.

 

Resepi Laksa

 

Resepi Laksa

Bahan-bahan:

  • Kemiri – Candlenuts.
  • Bawang putih Garlic
  • Bawang Merah Shallots
  • Cabe Chilies
  • Ebi Udang kering
  • Terasi -Shrimp paste
  • Kunyit -Turmeric
  • Serai – Lemongrass
  • Lengkuas – Galangal
  • Santan- Coconut milk
  • Air-water
  • Salt -Garam
  • Gula-Sugar

Cara-cara Memasak:

  1. Blendkan halus cabe besar, bawang merah, bawang putih, kemiri dan terasi.
  2. Kemudian tumiskan dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan serbuk kunyit.
  3. Kemudian masukkan udang kering yang diblend halus. Tambahkan sedikit air. Tambahkan sedikit garam dan gula pasir.
  4. Tumiskan hingga masak dan masukkan serai dan lemgkuas yang diketuk.
  5. Kemudian masukkan daging yang sudah dibersihkan dan air secukupnya. Tunggu sehingga daging masak.
  6. Sementara itu rebuskan mee hingga masak.
  7. Apabila daging sudah masak, masukkan santan. Perasakan kuah hingga cukup rasa.
  8. Kemudian masukkan mee yang sudah masak kedalam mangkuk, taugeh, tauhu dan daun kemangi.
  9. Akhir sekali masukkan kuah dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu. Cuba jangan tak cuba.

Tonton video di bawah untuk rujukan :

 

Kredit : Nikmatul Rosidah

 

 

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 20 times!)