Lasagna merupakan salah satu makanan barat yang sangat di gemari. Masa yang di ambil untuk masak pun ta begitu lama. J0m sama-sama kita buat lasagna untuk makan malam ini.

Berikut adalah resepi memasak lasagna :

Bahan-bahan :

  • 450 g Daging cincang
  • 1 box (450g)chopped tomato.
  • 1 kaleng tomato paste.
  • Celery
  • Paprika ijo/merah
  • Bawang Bombay
  • Bawang Merah
  • Bawang putih
  • Mix herbs/Italian seosening
  • Peter seli/parsley
  • Merica, garam,gula.

Bechamel Sauce :

  • 600 ml full cream milk
  • 50 g butter
  • 35 g terigu (All purpose flour )
  • Pala/nutmeg
  • garam

Cara-cara memasak:

Untuk daging:

  1. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang sudah dicincang ke dalam kuali ysng berisi minyak yang sudah panas. Masukkan daging yang telah dikisar. Gorengkan sehingga berubah warna.
  2. MAsukkan bawang bombay,celery, dan daun parsley. Kemudian masukkan tomato chopped dan tomato paste.
  3. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tunggu sehingga daging masak.

Untuk sos:

  1. Cairkan butter terlebih dahulu. Kemudian masukkan tepung terigu. Kacaukan supaya sebati.
  2. Masukkan sedikit susu terlebih dahulu. Kacau sehingga sebati. Masukkan semua lebihan susu.
  3. Masukkan nutmeg dan garam secukup rasa. Masaks sehingga pekat.

Untuk susunan dalam bekas:

  1. Sapu butter di dalam bekas/loyang sehingga sekata. Masaukkan tomato chopped dam ratakan.
  2. Taburkan sedikit keju yang sudah diparut dan letakkan lasagna. Susun mengikut saiz bekas.
  3. Kemudian masukkan daging yang sudah dimasak dan ratakan. Kemudian masukkan sos dan ratakan. Taburkan keju parut dan letak keju yang dipotong kecil.
  4. Kemudian letakkan lasagna.
  5. Ulang langkah sehingga siap.
  6. Bungkus loyang dengan aluminiun foil. Panggang di dalam oven selama 20 minit dengan suhu 160 darjah.

Tonton video di bawah :

Kredit : Nikmatul Rosidah

 

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 38 times!)