Tak tahu nak masak apa untuk makan petang anak-anak dan suami? Nak masak sesuatu yang digemari semua orang? Jom cuba buat pisang goreng sendiri.. asyik beli kat luar je, apa kata kita cuba bakat kita dalam menggoreng pula:) mana tahu boleh buka kedai goreng pisang..

 

 

 

 

 

 

 

 

Bahan-bahan Pisang Goreng:

  • 125 g tepung
  • 25 g Tapioka
  • 1Telur puteh
  • 10 g Butter
  • 1/4 tsp baking soda
  • Garam
  • Susu
  • Cinnamon
  • Pisang
  • Minyak
  • Parmesan cheese
  • sirup maple

 

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung terigu, tepung tapioka, soda bikarbonat dan garam ke dalam bekas adunan
  2. Kacau rata dan masukkan susu sikit demi sedikit
  3. Masukkan mentega yang telah dicairkan
  4. Masukkan susu sehingga adunan nampak likat
  5. Kacau telur putih dan masukan ia kedalam adunan
  6. Kacau sehingga rata
  7. Potong pisang yang telah dibuang kulitnya dan taburkan sedikit kayu manis ke atas pisang
  8. Celup pisang ke dalam adunan yang telah disediakan
  9. Goreng pisang di dalam kuali yang telah di panaskan minyak

Tonton video berikut bgi mengetahui cara-caranya :

Kredit : Nikmatul Rosidah

 

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 11 times!)