Ciabatta uniknya merupakan perkataan yang berasal daripada itali yang bermaksud sepatu tua. Secara luasnya ciabatta digunakan sebagai roti sandwich. Bentuk roti ciabatta adalah panjang dan lebar. Berikut merupakan resepi untuk membuat roti ciabatta.

Bahan-bahan :

  • 500 Tepung Terigu pro tinggi (Cakra)
  • 1.5 sdt garam
  • 350 Ml air hangat
  • 1 sdt gula
  • 2 sdt Yeast (6gram)
  • 30 ml Minyak.

 

Cara-caranya:

  1. Masukkan air suam dalam bekas adunan
  2. Masukkan ragi ke dalam air tadi dan kacau sehingga 5 min(sampai berbuih)
  3. Masukkan minyak ke dalam adunan
  4. Masukkan tepung terigu dan garam ke dalam adunan
  5. Kacau hingga rata
  6. Uli adunan yang dikacau tadi selama 7-10 min
  7. tuangkan minyak ke dalam bekas adunan dan ratakan pada adunan yang telah diuli tadi
  8. Biarkan mengembang selama 45 min
  9. Setelah itu bentuk roti ikut kemahuan masing2
  10. Dan biarkannya selama 10 minit
  11. Selepas 10 min, letakkan adunan ke dalam dulang pembakar untuk di masukkan ke dalam oven.
  12. Sapukan susu kepada adunan yang telah diletakkan ke atas dulang pembakar
  13. Masukkan ke dalam oven selama 20 min

Tonton video di bawah untuk cara-caranya :

Kredit : Nikmatul Rosidah

 

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 29 times!)