Roti goreng isi coklat ini banyak dijual di kedai-kedai makan sebagai pencuci mulut. Namun apa kata kalau kita sendiri yang menyediakanya. Lagi-lagi pada musim hujan ini sedap untuk menikmati sajian yang panas dan menyelerakan bersama keluarga tersayang. Resepi roti goreng ini amatlah mudah untuk disediakan.

 

Bahan-Bahannya adalah:

  • 250 gr tepung terigu
  • 100 gr gula pasir
  • 1/2 sdt SP
  • 50 gr mentega
  • 1 sct susu dancow
  • air hangat secukupnya
  • 1 sdm ragi instan
  • 1 butir telur
  • coklat batang secukupnya

 

Cara penyediaan Roti Goreng Isi Coklat:

  • Mula-mula campurkan gula pasir dan SP.
  • Kemudian pecahkan telur dan kacau sehingga rata
  • tambahkan susu dancow dan masukkan mentega
  • Kacau bahan tadi sehingga rata dan masukkan tepung terigu
  • Uli acuan tadi sehingga rata
  • Masukkan ragi yang telah dicampurkan air hangat dan uli sehingga rata
  • Tambahkan tepung sehingga acuan tidak melekat di tangan
  • Biarkan bahan ulian sehingga 20 minit
  • Bentuk acuan berbentuk bulatan dan masukkan coklat batang yang telah dipotong kecil ke tengah acuan yang telah dibentuk tadi.
  • Setelah selesai biarkan acuan tadi selama 30 – 40 minit
  • Panaskan minyak dengan menggunakan api kecil, goreng roti tersebut sehingga garing.
  • Roti goreng isi coklat sedia untuk dimakan.

 

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaannya:

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

 

Kredit resepi Bunda Cinta

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 40 times!)