Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Sosej Lembut

Indonesian Cuisine: Resepi Sosej Lembut

Kategori: ,,

Bagi anda yang inginkan kelainan daripada yang lain. Jom ikuti kami dalam menyediakan sendiri  roti sosej lembut. Tak perlu bergegas ke pasar raya untuk membelinya. Tak perlu beratur panjang untuk memilikinya. Anda hanya perlu menyediakan bahan-bahan untuk membuatnya. Ikuti kami untuk mengetahui cara penyediaannya.

Bahan-bahan membuat sosej lembut:

  • 150 ml air hangat (Warm water)
  • 2.5 sdt (7 gram)Yeast/Ragi
  • 150 ml Susu Full cream milk (warm)
  • 80 ml telur dari 1 telur dan 1 kuning (1egg +1 egg yolk)
  • 1 tsp Emulsifier (Sp)
  • 1 tsp Salt
  • 50 g Sugar (Gula)
  • 75 g Butter (Mentega)
  • 500 g Terigu pro tinggi (Bread flour )

 

Cara-cara membuat roti sosej lembut:

  1. Aktifkan ragi dahulu dengan memasukkan ia kedalam air
  2. Masukkan tepung roti, gula, garam, mentega, emulsifier dan pecahkan telur
  3. Masukan ragi yang telah direndam air dan susu
  4. Kacau sehingga rata
  5. Uli adunan roti sehingga ia boleh membentuk lembut
  6. Kemudian biarkan sehingga mengembang
  7. Bentukkan adunan berbentuk bulatan dan uli membentuk garisan panjang
  8. Kemudian balut sosej dengan adunan roti tadi secara berlingkar
  9. Letakkan roti sosej yang telah siap di dalam bekas adunan di atas loyang
  10. Untuk toping boleh taburkan keju yang telah di parut
  11. Biarkan roti mengembang
  12. Bakar selama 15 – 17 minit

Tonton video di bawah :

Kredit : Nikmatul Rosidah

tags: | | | |