Tahu atau nama lainnya tauhu sangat digemari oleh orang terutamanya orang Johor. Pelbagai jenis masakan yang berasaskan Tahu. Yang paling famous Tahu sumbat. Tapi tak apa, hari ini saya akan kongsikan dengan anda resepi Tahu kecap yang enak dimakan dengan nasi lebih-lebih lagi dimakan panas-panas.

Berikut adalah resepi masakan tahu kecap ndeso :

Bahan-bahan :

  • Tahu Goreng
  • Bawang putih & Merah
  • Cabe
  • Kemiri
  • Kecap manis
  • Garam
  • Daun salam
  • Kaldu bubuk

 

Cara-cara :

  1.  Tumbuk halus kemiri, bawang putih, dan masukkan sedikit garam. Kemudian masukkan cabe.
  2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Kemudian tumiskan bahan yang di tumbuk halus. Kemudian masukkan cabe yang dipotong.
  3. Masukkan air dan biarkan sehingga matang. Kemudian masukkan kicap manis dan daun salam.
  4. Masukkan sedikit kaldu ayam bubuk. Masukkan sedikit air dan masukkan tahu.
  5. Kacaukan agar sekata. Perasakan mengikut citarasa masing-masing. Tambahkan bawang goreng. Kacau sekejap dan tunggu sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.

Tonton video untuk langkah demi langkah masakan :

kredit : Nikmatul Rosidah

 

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 38 times!)