Sudah menjadi satu fenomena, restoran atau kedai makan akan menggunakan influencer untuk mempromosikan jualan dan servis mereka. Ia baik untuk pemasaran atau marketing kerana melalui influencer, orang ramai akan lebih mengenali tentang jualan mereka.
Salah satu cara penyampaian influencer zaman kini adalah dengan memberi review melalui penyampaian melalui medium video. Ia sekaligus memperlihatkan seleksi hidangan yang tersedia di restoran atau kedai makan tersebut.
Baru-baru ini, tular video perkongsian Twitter Jom Kita MY yang telah meraih banyak perkongsian dan tontonan tentang food review sebuah kedai makan. Berikutan video yang tular, orang ramai memberi pelbagai respon tentang cara dua individu memberi ‘review’ kepada makanan yang dimakannya.
Lantaran isu berikut, influencer yang dikenali sebagai Rifdi Amri memohon maaf kepada sesiap yang merasakan bahawa cara dia mempromosikan makanan agak kurang sopan.
“Saya ingin memohon maaf mengenai gaya makan yang kurang sopan dan menerima teguran secara terbuka. InshaAlllah saya akan cuba ubah gaya review makanan agar lebih sopan & berkualiti selepas ini.
“Cuma saya mohon, janganlah sampai menghina fizikal saya,” luahnya dalam hantaran di Twitter sebagai respon kepada orang ramai tentang cemuhan yang dilemparkan kepadanya.
Saya ingin memohon maaf mengenai gaya makan yang agak kurang sopan dan menerima teguran secara terbuka. In shaa allah saya akan cuba ubah gaya review makanan agar lebih sopan & berkualiti selepas ini ๐
Cuma saya mohon janganlah sampai menghina fizikal saya https://t.co/iJ12qWyuyq
— Daddi ๐ฒ๐พ (@RifdiAmri) January 2, 2023
Terdahulu, menerusi video yang dikongsikan, netizen berpendapat cara dua individu ini menjamah makanan sehingga meleleh kuah ke dagu membuatkan mereka berasa tidak selera.
Video yang tular itu mendapat lebih dari 1.3 juta tontonan setakat ini.
Kedai Western Portion Banyak Gila Sumpah Kenyang! #Jomkita
Semua makanan dekat sini portion dia banyak gila wehhh lepastuh kuah black pepper dia kasi banjir wehhh memang sedap sangat sangat recommend ๐๐๐
Lokasi ๐: Garden Western Grill, Petaling Jaya pic.twitter.com/cZmzSYeLAF
— Jomkita ๐ฒ๐พ (@Jomkitamy) December 28, 2022
Dalam pada cemuhan dan kritikan yang dilemparkan untuknya, ramai yang masih menyokongnya selepas dia memohon maaf dan akan memperbaiki caranya mempromosi makanan.
“Keep up the work bro. I love what you do. Biar je orang nak cakap apa. More content, more content,” kata netizen dengan nama Amer.
“Bukan menghina bang, tapi cuma beri nasihat untuk menjaga pola makan lebih baik lagi,”komen netizen lain kepada influencer Rifdi Amri.
Dalam kes influencer Rifdi Amri dan makanan yang dipromosikan ini, semoga dua-dua pihak mengambil yang baik-baik sahaja. Untuk netizen, janganlah menegur sampai menghina. Dan untuk influencer, semoga apa yang boleh diperbaiki, akan dibaiki. Semoga Rifdi Amri terus terbang tinggi untuk semakin berjaya.
Sumber: Daddi