Jika kita ke sesetengah kedai, pasti mereka akan menyediakan taster makanan untuk pelanggan merasa dahulu kesedapan produk atau barangan jualan mereka. Ia adalah salah satu tarikan dan jaminan kepada pelanggan untuk merasai sendiri kualiti sebelum membeli.
Antara kedai yang menawarkan taster makananan ini adalah kedai buah-buahan. Ini kerana, terkadang isi buah tidak sama dengan kualiti kulit buah terbabit. Luar nampak cantik, tapi dalam siapa yang tahu? Jadi, itulah sebabnya ditawarkan taster makanan ini.
Menyebut perihal ini, satu video telah tular di TikTok kerana tersalah faham tentang taster makanan. Ia berlaku di mana seorang makcik dengan selamba makan durian seorang pelanggan wanita. Hal ini menarik perhatian orang ramai kerana dianggap lucu.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh pelanggan terbabit di laman TikTok @yusifadila, dapat dilihat dia sedang sibuk merakam momen penjual membelah durian untuk mengumpul isi durian. Lalu, ia diletakkan di dalam bekas yang berisi isi durian sahaja.
Ketika kejadian itu, tiba-tiba seorang makcik tidak dikenali menghampiri mereka dan mengambil isi durian tersebut tanpa bertanya lalu memakannya dengan selamba. Dia yang terkejut melihat hal itu terpaku dan bingung akan tidakan itu.
“Lagi ngonten beli durian di pasar dan masukin ke box, tiba-tiba ada ibu yang tidak ku kenal ambil durianku tanpa izin sama aku,” tulisnya bersama emoji sedih dan terkejut untuk keterangan video tersebut.
Tambahnya lagi, pada mulanya dia mahu menegur tindakan makcik berkenaan kerana tidak bertanya sebarang pertanyaan apa pun. Tetapi dia menyedari hal itu hanyalah hal durian. Tidak menjadi isu besar.
“Mahu tegur baru sedar ini kan cuma durian. Astaghfirullah ya udahlah.
“Demi apa pun kaget. Tapi lucu, lagi fikus ngonten tiba-tiba ada kejadian begini,” tulisnya lagi.
@yusifadila Demi Apapun Kaget 😭 Tapi Lucu ,Lagi Fokus Ngonten Tiba” ada kejadian Begini 🤣🤣🤣 #tanjungbatukundur #tanjungbatu #yusifadila #tepongkengpongkeng
@yusifadila Demi Apapun Kaget 😭 Tapi Lucu ,Lagi Fokus Ngonten Tiba” ada kejadian Begini 🤣🤣🤣 #tanjungbatukundur #tanjungbatu #yusifadila #tepongkengpongkeng ♬ suara asli – Yusi Fadila NAMAKU
Meninjau ruangan komen netizen tentang taster durian ini, ramai yang terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan dan menyuruh wanita itu agar mengikhlas seulas durian kepada makcik terbabit. Dan, wanita itu sendiri juga nampaknya memang sudah mengikhlaskan dari awal.
Mengambil salah seorang komen netizen, @muhdzulfadzligaisal, dia berharap akak wanita itu mengikhlaskan seulas durian yang diambil makcik berkenaan.
“Saya harap akak itu halalkan dan niat kan sedekah kepada beliau,”tulisnya pada ruangan komen.
Selain itu, seorang netizen lain bernama @FarahDulina berkata, “jarang-jarang durian dibagi tester hahaha. Durian asal buka kira beli sudah hahaha,”jelasnya mengenai kisah taster durian itu.
Jadi, sebagai pengajaran, kita mestilah bertanyakan dahulu sebelum melakukan hal yang tidak pasti. Apa-apapun, semoga wanita berkenaan dimurahkan rezeki kerana menghalalkannya.
Sumber: yusifadila
Baca juga: Tanpa Tangan Sejak Lahir, Bukan Penghalang Berniaga Makanan Demi Sesuap Nasi