Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Fakta » Ramai Teruja Ingin Makan Makan Di Bangkok Selepas Pengumuman Perkhidmatan Kereta Api Terus Kuala Lumpur – Bangkok Akan Dihidupkan Semula Tahun Ini

Ramai Teruja Ingin Makan Makan Di Bangkok Selepas Pengumuman Perkhidmatan Kereta Api Terus Kuala Lumpur – Bangkok Akan Dihidupkan Semula Tahun Ini

Kategori: ,
makan di Bangkok

Antara tempat yang selalu dikunjungi oleh rakyat Malaysia di negara jiran, Thailand adalah di wilayah Bangkok. Ia adalah tempat di mana rakyat Malaysia berkunjung untuk membeli-belah dan menikmati makanan Thailand di sana.

Berita yang diumumkan kerajaan pada 2 minggu lepas berkenaan Malaysia dan Thailand berhasrat untuk menghidupkan semula perkhidmatan kereta api terus antara Kuala Lumpur dan Bangkok tahun ini menggembirakan orang ramai.

Ramai Teruja Ingin Makan Makan Di Bangkok Selepas Pengumuman Perkhidmatan Kereta Api Terus Kuala Lumpur – Bangkok Akan Dihidupkan Semula Tahun Ini

Berdasarkan laporan Sinar Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkhidmatan kereta api terus dapat dilaksanakan dengan segera kerana ia akan menggunakan landasan kereta api sedia ada yang menghubungkan Bangkok – Padang Besar – Butterworth – Kuala Lumpur.

makan di Bangkok

“Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan State Railway of Thailand (SRT) sudah diberikan tempoh tiga bulan untuk membuat persiapan awal bagi memulakan operasi perkhidmatan Kuala Lumpur-Bangkok.

“Ini tidak memerlukan trek baharu tetapi memerlukan koordinasi, pemasaran, serta penjualan tiket secara kerjasama antara kedua-dua negara,” katanya kepada Bernama selepas mengakhiri lawatan kerja sehari ke Thailand pada Jumaat.

Cadang Juga Sambungan Perkhidmatan Dari Sungai Golok Dan Pasir Mas

Terdahulu, Loke dalam lawatan kerja sehari ke Thailand, mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Juangroongruangkit.

makan di Bangkok

Beliau turut melawat Stesen Bang Sue Central Terminal dan mendengar taklimat mengenai perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi.

Sementara itu, Loke turut memaklumkan bahawa pihak Thailand mencadangkan sambungan perkhidmatan kereta api dari Sungai Golok ke Rantau Panjang dan Pasir Mas.

Beliau menyifatkan cadangan ini sebagai langkah positif yang berpotensi meningkatkan ekonomi dan pendapatan penduduk setempat.

“Kita memerlukan masa untuk membuat persediaan bagi menghidupkan semula landasan antara Sungai Golok, Rantau Panjang, dan Pasir Mas ini.

Ini kerana projek pemuliharaan trek perlu dilakukan terlebih dahulu ke atas landasan kereta api di Rantau Panjang dan Sungai Golok yang sudah lama tidak digunakan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Bermula Dengan Modal RM4, Ini Kisah Kejayaan Pengasas Beras Faiza Jadi Pilihan Ramai

tags: |