Sedekah dalam perniagaan adalah salah satu perkara terpuji dan ia juga memang disuruh oleh agama kerana sedekah adalah sifat terpuji. Biasanya jika seseorang berniaga, dia akan menggunakan kesempatan bersedekah dalam memberi lebihan sayur atau mengurangkan timbangan pelanggan.
Bersedekah dengan cara ini bukan sahaja memperoleh keberkatan dalam mencari rezeki, ia juga dalam masa yang sama memberi contoh kepada orang ramai tentang kebaikann. Misalnya, untuk bersama saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Tetapi, hal yang berbeza berlaku menerusi satu paparan video yang dimuatnaik di laman TikTok. Video itu menunjukkan seorang lelaki yang bekerja sebagai penjual pisang di sebuah pasar memberi sayur lebih kepada pelanggannya.
Jika menerusi hantaran pemilik video, dia mengatakan itu adalah sifat dan tindakan yang baik untuk kita dan orang-orang contohi.
“Sedekah diam-diam, pedagang pisang tambah timbangan,”
Hal yang berbeza pula berlaku pada pandangan netizen kerana perasan akan tindakan penjual itu sebenarnya meletakkan sayur berkenaan sebelum timbangan, bukan selepasnya. Ini kerana, biasanya penjual akan memberi sedekah kepada pelanggan selepas menimbang barang yang dibeli.
Jika menimbang sekali barang jualan, timbangan akan lebih dan susah untuk mengira harga yang tepat bagi satu timbangan berkenaan.
https://www.tiktok.com/@asterixx.id/video/7121425788800355611?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@asterixx.id Beda banget sama di negeri konoha #pov #sedekahsubuh #fypシ ♬ suara asli – Asterixx
Meninjau komen netizen, memang rata-rata netizen yang menontok klip video itu menganggap itu bukan sedekah, sedekah tidak perlu ditimbang dan dikira sekali.
“Lain macam sedekahnya, sedekah kena timbang, kena bayar? Kalau sedekag timbang dulu baru tambah,” kata seorang pengguna TikTok bernama @TahniahKameraman.
Selain itu, ada juga netizen yang berpendapat, hanya peniaga sahaja yang tahu, kita sebagai orang yang tidak tahu apa-apa tidak pantas untuk menyimpulkan dia seorang pembohong.
“Hanya pedagang itu yang tahu. Sedekah atau menambah timbangan dengan pisang,” jelasnya mengulas video berkenaan tambah timbangan itu.
Apa yang jelas, semoga niatnya ikhlas dan tidak mengira timbangan lebihan untuk sedekah. Lepas tengok video tu, korang rasa macam mana? Apa pendapat korang?
Sumber: asterixx.id