Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Ini Cara Buat Burn Cheese Cake ‘Tanpa Guna Oven’, Yang Penting Memang Menjadi!

Ini Cara Buat Burn Cheese Cake ‘Tanpa Guna Oven’, Yang Penting Memang Menjadi!

Kategori: ,
cara buat burn cheese cake

Ini dia resepi cara buat burn cheese cake tanpa guna oven. Macam mana cara tu? Mudah sangat, boleh buat dengan menggunakan dapur gas je. Cuba bayangkan orang zaman dulu mana ada oven kan? Cara ini lah yang digunakan oleh mereka untuk membuat pelbagai jenis kek dulu.

Jom cuba resepi perkongsian oleh Umi CT Sha Abdullah ini.

Ini Cara Buat Burn Cheese Cake ‘Tanpa Guna Oven’

Assalamualaikum..
Hari ini try cheese cake nye Dengan gas dapur ok je jadi juga ya xde oven pun boleh buat ya bakar macam kuih bengkang ya cuba ya.

Cuba beberape resepi yang berbeza. resepi dari azlita aziz untuk membuat cheesecake. Senang dan sedap. Cuba ya.

Teknik senang nak letak baking paper dan dapat corak tepi yang cantik. Ukur baking paper dan ramas2 sikit pastu letak.

Bahan-bahan:

  • 500 g cream cheese
  • 3 biji telur gred A
  • 160 g gula kastor
  • 1/2 sb esen vanilla
  • 1 sb tepung gandum
  • 200 ml whipping cream

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C selama 10 min. Saya guna gas dapur je.
  2. Lapik loyang 8 inch dengan kertas minyak. Lebihkan kertas minyak supaya senang untuk diangkat.
  3. Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan telur satu persatu, gula, whipping cream, esen vanilla dan tepung gandum. Putar sebati.
  4. Tapiskan dalam loyang saya guna periuk kecil dan bakar selama 50 minit – 1 jam pada suhu 200°C.
  5. Biarkan sejuk di dalam peti sebelum dihidangkan. Siap!
  6. Terbalikkan dulu sebelum dihidang.

Selamat mencuba!

tags: