Ini cara buat chocolate eclairs yang sedap. Hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Sangat mudah untuk disediakan. Tak payah bakar pun. Sekali pandang chocolate eclairs ni macam ferrero rocher. Tapi memang sedap sangat. Anda semua wajib cuba.
BAHAN-BAHAN:
- Biskut Marie/apa-apa biskut
- Kacang tanah
- Susu pekat manis
- Coklat masakan
- Paper cup
CARA PENYEDIAAN :
- Hancurkan biskut.
- Kacang tanah (sangai dan buang kulit) hancurkan dan kisar kering sahaja.
- Masukkan susu pekat.
- Campur semua sampai boleh bulatkan doh.
- Celop coklat masakan yang dah dicairkan. Masukkan dalam paper cup.
- Simpan dalam peti ais sehingga coklat keras.
- Siap
**Korang agak-agak je nak banyak mana. Nak sedap,kacang lebih.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Norasikin Md Nor Via MAHN
Baca juga:Resepi Char Kuey Teow Original Penang, Sedap Aih!