Rata-rata kebanyakan orang hanya menggunakan cornflakes untuk membuat cornflakes madu. Sebenarnya, pelbagai aneka jenis biskut boleh dibuat menggunakan cornflakes ini. Disini saya kongsikan resepi cornflakes coklat yang sangat mudah dibuat kerana tidak perlu bakar dan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Jom cuba buat cornflakes coklat resepi daripada Ayue Idris.
Ini Cara Buat Cornflakes Coklat Mudah & Rangup Tanpa Oven
Bahan-bahan:
- Milk Compound Chocolate 9Beryl’s) 250g
- Cornflakes – 5 cawan
- Buttercup – 1 sudu besar
- Almond – 60g
- Papercup
Cara-cara:
- Cairkan coklat bersama butter. Biarkan sejuk.
- Sangai almond hingga rangup.
- Ramas kasar cornflakes.
- Campurkan cornflakes, almond dan coklat. Gaul sehingga rata.
- Masukkan ke dalam papercup menggunakan sudu.
- Kemudian biarkan sejuk atau masukkan ke dalam peti ais selama 5 minit.
- Siap!
Kredit: Ayue Idris
Selamat mencuba!
Baca: Resepi Biskut Peanut Butter Old School, Memang Legend!